28/10/2026
Terima kasih untuk semua yang pernah datang ke Dusun Riffaa since 2022 hingga hari ini...kami amat menghargai kehadiran tuan puan ke dusun kami...🙏🙏
Cumanya,kami sedikit ralat..
Sekian kali kami nyatakan,jika ada masalah berkaitan makanan contohnya masam,keras,tak cukup pedas,tak cukup rasa..Terus mai jumpa kami di kaunter..Kalau staff kakwan tak layan,ampa cari tukang kebun atau kakwan sendiri..
Kalau ampa luah kat sosmed,kadang2 kami tak perasan..bila baca komen²,kadang2 orang yang tak pernah mai pun jadi batu api...Sedangkan masalah² di Dusun Riffaa boleh terus direct dengan kami..Kami boleh terima setiap teguran dan aduan...Cuma , sebaiknya biarlah dengan saluran yang betul..☺️☺️
Cuma 1 ja kami nak inform , sekarang musim hujan..Jadi lalat memang agak banyak..Walaupun begitu,kami sentiasa cuba sedaya upaya kami untuk basmi dan kurangkan populasi lalat .. 🙏🙏🙏
Apapun,kami mohon maaf jika menu² di Dusun Riffaa tidak menepati selera anda..Tak sedap dan tak kena selera adalah dua situasi yang berbeza...Dan terima kasih kerana pernah hadir ke Dusun Riffaa 🥰🥰🥰 Kami akan sentiasa baiki segala kekurangan yang ada 🥰