25/09/2026
Bagi yang tertanya-tanya di mana lokasi Seri Rumbia Homestay, kami kongsikan peta ini sebagai rujukan korang untuk datang ke sini. 📍
Lokasi homestay kami mudah diakses dari beberapa kawasan utama. Tak kisah korang datang dari Sungai Buloh, Elmina ataupun Kuang, korang boleh rujuk laluan yang kami dah tandakan dalam peta.
Kalau datang dari Sungai Buloh, boleh melalui Jalan Kuala Selangor, Route 54 dan masuk ke Lorong Rumbia. Dari Elmina p**a, ikut Route 54 sebelum masuk ke Lorong Rumbia.
Manakala dari Kuang, boleh melalui Jalan Kuang, B25 dan ikut laluan menuju Lorong Durian sebelum ke kawasan homestay.
Antara landmark yang boleh korang jadikan rujukan ialah McDonald’s Amverton Hills DT, Surau Jumaat Makmuriah, Maahad Tahfiz Wattarbiyah dan beberapa lokasi sekitar yang turut kami tandakan dalam peta.
Jadi sebelum bertolak, boleh save peta ni siap-siap dan share juga dengan ahli keluarga atau kawan-kawan yang datang bersama.
InsyaAllah lebih mudah nak cari nanti.
Jemput datang ke Seri Rumbia Homestay ya.
Doakan kami menjadi homestay terbaik di Kuang , Kundang dan Sg Sungai Buloh. We will do our best to provide the best homestay in Kuang , Kundang and Sg Sungai Buloh | Homestay bersebelahan & berdekatan Hospital Sungai Buloh