Majlis Belia Daerah Pontian

  • Home
  • Majlis Belia Daerah Pontian

Majlis Belia Daerah Pontian Majlis Belia Daerah Pontian merupakan badan induk persatuan-persatuan belia di daerah Pontian

🌙✨ SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H | 2026 ✨🌙Majlis Belia Daerah Pontian mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada...
26/05/2026

🌙✨ SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H | 2026 ✨🌙

Majlis Belia Daerah Pontian mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.

Aidiladha mengajar kita tentang nilai pengorbanan, keikhlasan dan kesyukuran dalam menjalani kehidupan. Semoga semangat kebersamaan dan pengorbanan ini terus memperkukuh ukhuwah serta membawa keberkatan buat kita semua.

Semoga segala amal ibadah dan pengorbanan yang dilakukan diterima serta dirahmati Allah SWT.

🕋 Salam Aidiladha
Ikhlas daripada,
Majlis Belia Daerah Pontian





📌 Coffee Talk: Belia BersamaTelah berlangsung Program Coffee Talk: Belia Bersama pada 23 Mei 2026 bertempat di Kopi Camp...
23/05/2026

📌 Coffee Talk: Belia Bersama

Telah berlangsung Program Coffee Talk: Belia Bersama pada 23 Mei 2026 bertempat di Kopi Camping, Api-Api yang menghimpunkan golongan belia dalam suasana santai dan penuh keterbukaan.

Program ini menjadi platform kepada anak muda untuk berkongsi pandangan, membincangkan isu semasa serta mengetengahkan idea dan cadangan dalam usaha memperkasa suara belia di daerah Pontian.

Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga inisiatif seperti ini dapat terus memperkukuh hubungan, jaringan dan pembangunan belia setempat.

📸 Media Belia Pontian





14/05/2026

Hari Belia Negara Peringkat Daerah Pontian @ SMK Benut.



✨ SEMARAK BELIA @ HARI BELIA NEGARAPeringkat Daerah Pontian 2026 ✨Terima kasih kepada semua yang hadir dan bersama memer...
14/05/2026

✨ SEMARAK BELIA @ HARI BELIA NEGARA
Peringkat Daerah Pontian 2026 ✨

Terima kasih kepada semua yang hadir dan bersama memeriahkan program Semarak Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Daerah Pontian 2026 pada 13 Mei 2026 bertempat di SMK Benut.

Belia hari ini, pemimpin masa depan. 💪
Membangun Orang Muda Pontian.


🎉 Sambutan Hari Belia Negara 2026 Peringkat Daerah Pontian 🎉Belia bukan sekadar pewaris masa depan, tetapi penggerak per...
12/05/2026

🎉 Sambutan Hari Belia Negara 2026 Peringkat Daerah Pontian 🎉

Belia bukan sekadar pewaris masa depan, tetapi penggerak perubahan hari ini. 💪🔥

Jom hadir memeriahkan Sambutan Hari Belia Negara 2026 Peringkat Daerah Pontian dengan pelbagai aktiviti menarik bersama anak muda Pontian. Selaras dengan tema “Menggerak Belia”, ayuh kita sama-sama raikan semangat belia yang aktif, kreatif dan progresif.

📅 13 Mei 2026 (Rabu)
📍 SMK Benut, Pontian, Johor

Jumpa anda di sana! ✨





Tahniah diucapkan kepada Muhammad Nur Salihin Bin Mohd Khusni atas penyertaan dalam Anugerah Perdana Belia Negara (APBN)...
10/05/2026

Tahniah diucapkan kepada Muhammad Nur Salihin Bin Mohd Khusni atas penyertaan dalam Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Johor bagi Kategori Individu Lelaki.

Penyertaan ini mencerminkan semangat kepimpinan, komitmen dan usaha berterusan dalam memperkasakan pembangunan belia serta memberi manfaat kepada masyarakat.

Semoga terus melakar lebih banyak kejayaan dan menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus berbakti dan membawa perubahan positif. ✨

Salihin Khusni




Tahniah diucapkan kepada Ainul Ashikin Binti Helmy atas penyertaan dalam Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat ...
10/05/2026

Tahniah diucapkan kepada Ainul Ashikin Binti Helmy atas penyertaan dalam Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Johor bagi Kategori Individu Wanita.

Penyertaan ini membuktikan dedikasi, komitmen dan semangat kepimpinan dalam memperkasa pembangunan belia serta memberi inspirasi kepada anak muda untuk terus menyumbang kepada masyarakat.

Semoga terus melakar kejayaan dan menjadi contoh terbaik buat generasi belia masa kini. ✨

Ainul Ashikin




Tahniah kepada Kelab Rakan Muda Pontian atas penyertaan dalam Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Joho...
10/05/2026

Tahniah kepada Kelab Rakan Muda Pontian atas penyertaan dalam Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Johor bagi Kategori Pertubuhan.

Semoga usaha ini terus menjadi pemangkin dalam memperkasa belia serta membawa lebih banyak manfaat kepada masyarakat. Terus maju dan terus mencipta impak! ✨

krmpontian





Tahniah kepada krmpontian sebagai wakil tunggal persatuan belia daerah pontian. Semoga memperoleh kejayaan dan menaikkan...
08/05/2026

Tahniah kepada krmpontian sebagai wakil tunggal persatuan belia daerah pontian. Semoga memperoleh kejayaan dan menaikkan nama belia di kawasan Pontian.



Kelab Rakan Muda Pontian atau nama singkatannya KRM Pontian merupakan sebuah persatuan belia bawah gabungan Majlis Belia Daerah Pontian yang ditubuhkan pada tahun 2008.

Seramai 57 belia berbilang kaum berdaftar sebagai ahli KRM Pontian dan menjadi penggerak kepada pembangunan belia di daerah Pontian.

Semoga berjaya KRM Pontian 💪🏻




💼✨ SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA 2026 ✨💼Majlis Belia Daerah Pontian mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada seluruh war...
01/05/2026

💼✨ SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA 2026 ✨💼

Majlis Belia Daerah Pontian mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada seluruh warga pekerja, khususnya golongan belia yang menjadi tulang belakang pembangunan masyarakat dan negara.

Pengorbanan, dedikasi dan komitmen yang dicurahkan dalam setiap bidang pekerjaan adalah asas kepada kemajuan dan kesejahteraan bersama.
Semoga terus cekal, berintegriti dan berdaya saing dalam menyumbang kepada pembangunan negara.

“Pekerja Kesuma Bangsa”

Ikhlas daripada,
Majlis Belia Daerah Pontian





Address

Kampung Api Api

82000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Belia Daerah Pontian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Hotel

Send a message to Majlis Belia Daerah Pontian:

  • Want your hotel to be the top-listed Hotel?

Share