15/05/2026
Terima kasih kpd Kerajaan Johor & Tourism Johor atas sumbangan BKJ yg diberikan..syukur
BANTUAN KASIH JOHOR FASA 4
Kerajaan Negeri Johor menerusi inisiatif Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4 telah menyalurkan bantuan tunai secara βone-offβ sebanyak RM300 kepada pengusaha homestay berdaftar di Negeri Johor bagi membantu memperkasa sektor pelancongan komuniti serta meringankan beban pengusaha yang masih aktif beroperasi.
Inisiatif ini melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM120,000 dan memberi manfaat kepada pengusaha homestay yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) serta ahli Persatuan Homestay Negeri Johor.
Antara syarat kelayakan yang ditetapkan ialah:
β’ Warganegara Malaysia
β’ Permohonan menetap di Johor
β’ Berdaftar dengan MOTAC
β’ Ahli Persatuan Homestay Negeri Johor
β’ Masih beroperasi secara aktif
Tourism Johor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YAB Datoβ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor atas keprihatinan dan komitmen berterusan dalam memperkukuhkan industri pelancongan negeri khususnya melibatkan komuniti pengusaha homestay di Johor.
Untuk semakan rayuan dan permohonan Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4 boleh dibuat menerusi Sistem Bantuan Kasih Johor di laman sesawang https://bkj.johor.gov.my .
BKJFasa4