D'Orchard Gerik

D'Orchard Gerik Cuti-cuti selasa dalam suasana dusun jauh dari kesibukan bandar. Relax, Refresh, Recharge

Rumah Kebun"Kalau kita nak sukses buat kebun ni, kita kena serius. Buat sungguh-sungguh. Pagi petang kena ada kat kebun....
01/05/2026

Rumah Kebun

"Kalau kita nak sukses buat kebun ni, kita kena serius. Buat sungguh-sungguh. Pagi petang kena ada kat kebun."

Inilah azam kami. Kebun yang asalnya dipenuhi pokok getah tua dan semak samun kami kerjakan sehingga bersih dengan bantuan 2 orang pekerja (kenalan kami), suami isteri.

Muka aku yang dulunya putih gebu dah berjelaga, hitam dan berjeragat. Tak apalah demi sebidang kebun idaman kami.

Kami beli 40 anak pokok durian pelbagai spesies. Premium belaka. Kami tanam ikut plan yang suami buat. Kami juga tanam beberapa pokok manggis, rambutan dan dokong.

Disebabkan terlalu banyak kerja yang perlu kami lakukan, kami buat keputusan untuk bina pondok. Maka terbinalah rumah seperti dalam gambar-gambar ini.

2 pintu rumah yang ada 1 ruang tamu, 1 ruang makan, 1 bilik dan 1 bilik air. Dan rumah ini ada connecting door. Kecil tapi cukup untuk kami berdua.

Dan kini rumah ini kami namakan Pondok Aiman dan Pondok Aisy. Kami lengkapkan dengan segala keperluan untuk mereka yang menginap untuk bercuti.

Ia menjadi pilihan ramai mungkin kerana;
1. Tempat parking kereta hanya di hadapan rumah.
2. Paling dekat degan kolam mandi.
3. Paling hampir dengan ruang makan dan dapur untuk memasak.
4. Lebih luas berbanding 5 pondok yang lain.

Alhamdulillah...

23/04/2026

Seronok berehat di sini...

04/03/2026

Alhamdulillah pokok-pokok durian sedang berbunga.

Address

Kampung Tok Ya
Gerik
33300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when D'Orchard Gerik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category