Jpkk Kampung Batu 13 Kajang

Jpkk Kampung Batu 13 Kajang Jpkk Kampung Batu 13 Kajang 2026

16/06/2026
πŸŒ™ Salam Maal Hijrah 1448HSempena kedatangan Awal Muharram 1448H, marilah kita bersama-sama memperbaharui azam dan memper...
16/06/2026

πŸŒ™ Salam Maal Hijrah 1448H

Sempena kedatangan Awal Muharram 1448H, marilah kita bersama-sama memperbaharui azam dan memperbaiki diri ke arah kehidupan yang lebih diredai Allah SWT.

Semoga tahun baharu Hijrah ini membawa keberkatan, rahmat dan kebahagiaan buat kita semua.

πŸ—“ Rabu, 17 Jun 2026
✨ 1 Muharram 1448H

Ikhlas daripada Ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung

Assalamu'alaikum wbt,Alhamdulillah, telah berlangsung sesi ziarah dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahy...
15/06/2026

Assalamu'alaikum wbt,

Alhamdulillah, telah berlangsung sesi ziarah dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Almarhum Rosile bin Saat di Impian Murni, Saujana Impian.

Ziarah ini turut dihadiri oleh Ketua Cabang Keadilan Bangi, Ketua Kampung Batu 13 dan Setiausaha Kampung Sungai Sekamat sebagai tanda kebersamaan, keprihatinan serta sokongan moral kepada ahli keluarga yang sedang berduka.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampunkan segala dosa-dosanya, melapangkan kuburnya, menerangi alam barzakh serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh ahli keluarga dikurniakan ketabahan, kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi ujian ini. Sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan kembali kepada Allah SWT.

الفاΨͺΨ­Ψ©
Allahyarham Al-Marhum Rosile bin Saat

15/06/2026
11/06/2026

πŸ’ π‡π€π‘πˆ π‹π€π†πˆβ€ΌοΈ

𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐀𝐍 ππ€πŠπ„π‰ πƒπ€π˜π€ 𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍 π’π„π‹π€ππ†πŽπ‘

Pelbagai inisiatif untuk RAKYAT SELANGOR bakal bermula 15 Jun 2026 ini!

Antara inisiatif yang ditawarkan:-

βœ… Jualan Ehsan Rahmah
βœ… Baucar Kita Selangor
βœ… Subsidi Tambang Pengangkutan Awam
βœ… Sarapan Percuma Sekolah
βœ… Bantuan Sokongan Sektor Pertanian

Nantikan pelancarannya dan sama-sama manfaatkan inisiatif yang disediakan demi kesejahteraan rakyat.




11/06/2026

𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 πˆππŽπ•π€π’πˆ ππ„π†π„π‘πˆ π’π„π‹π€ππ†πŽπ‘ πŸπŸŽπŸπŸ” (π€πˆππ’ πŸπŸŽπŸπŸ”)

Inovasi adalah pemacu utama pembangunan dan kesejahteraan masyarakat. Sehubungan itu, penyertaan bagi Anugerah Inovasi Negeri Selangor 2026 (AINS 2026) kini dibuka.

Bertemakan "Kesejahteraan Negeri Selangor", Anugerah ini mengiktiraf inovasi yang dapat meningkatkan kecekapan dan nilai tambah selaras aspirasi pembangunan Negeri Selangor.

πŸ†Jumlah Hadiah Wang Tunai Keseluruhan:
RM65,200.00

πŸ—“οΈTarikh Tutup Penyertaan:
15 JULAI 2026

πŸ“ŒPenyertaan adalah PERCUMA

πŸ“ŒPenyertaan terbuka kepada semua rakyat Negeri Selangor

πŸ“ŒMaklumat lanjut dan pendaftaran:
Imbas kod QR pada poster untuk akses atau pautan berikut:
https://inovasi.selangor.gov.my/

Sertai kami bagi menyumbang kepada pembangunan Negeri Selangor yang lebih maju dan sejahtera.






04/06/2026

𝐃𝐀𝐔𝐋𝐀𝐓 π“π”π€ππŠπ”

Merafak Sembah Setinggi-tinggi Tahniah dan Ucap Selamat sempena Ulang Tahun Hari Kelahiran yang ke 55 DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin.

Seluruh Kerajaan Negeri Selangor mendoakan semoga Allah melanjutkan usia DYMM Tuanku dan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.

Sembah takzim daripada:-

π‘Ίπ’†π’•π’Šπ’‚π’–π’”π’‚π’‰π’‚ 𝑲𝒆𝒓𝒂𝒋𝒂𝒂𝒏 π‘΅π’†π’ˆπ’†π’“π’Š π‘Ίπ’†π’π’‚π’π’ˆπ’π’“ dan
𝑺𝒆𝒍𝒖𝒓𝒖𝒉 π‘·π’†π’π’‹π’‚π’˜π’‚π’• π‘¨π’˜π’‚π’Ž π‘΅π’†π’ˆπ’†π’“π’Š π‘Ίπ’†π’π’‚π’π’ˆπ’π’“

04/06/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Tan Sri Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan atas pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran Tan Sri sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 1 Jun 2026.

Ikhlas Daripada:-
𝒀𝑩 π‘Ίπ’†π’•π’Šπ’‚π’–π’”π’‚π’‰π’‚ 𝑲𝒆𝒓𝒂𝒋𝒂𝒂𝒏 π‘΅π’†π’ˆπ’†π’“π’Š π‘Ίπ’†π’π’‚π’π’ˆπ’π’“ dan
𝑺𝒆𝒍𝒖𝒓𝒖𝒉 π‘·π’†π’π’‹π’‚π’˜π’‚π’• π‘¨π’˜π’‚π’Ž π‘΅π’†π’ˆπ’†π’“π’Š π‘Ίπ’†π’π’‚π’π’ˆπ’π’“


#πŠπ’π­πšπ’πžπ₯𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫 MajuBersama

Address

Lot 751 Bt 12 1/2
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Telephone

+60192254942

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jpkk Kampung Batu 13 Kajang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share