Baitul Umie Homestay

Baitul Umie Homestay Sebuah rumah banglo satu tingkat berkeluasan 1020 kps ini telah dibuka sejak bulan September 2020 d

28/05/2026
28/05/2026

29 - 31/5/2026
*Masih available*
017-949 6206

Perkongsian dari Group HomestayPernah tak kita scroll homestay… nampak harga RM200 semalam… terus terfikir,“Wah… mahalny...
14/02/2026

Perkongsian dari Group Homestay

Pernah tak kita scroll homestay… nampak harga RM200 semalam… terus terfikir,
“Wah… mahalnya. Duduk satu malam je pun.”

Tapi… pernah tak kita cuba selami apa yang berlaku di sebalik pintu homestay tu?

Biar saya kongsikan satu kiraan ringkas… bukan untuk meraih simpati, tapi sekadar membuka mata.

Bayangkan satu homestay ada 3 bilik aircond.

Satu aircond 1HP digunakan hampir 20 jam (guest check in 3 petang, check out 12 tengah hari esok).
👉 Kos elektrik satu aircond = RM8.12
👉 3 aircond = RM24.39
👉 Tambah kos service aircond berkala = RM5

Jumlah setakat aircond sahaja = RM29.39

Belum masuk lagi elektrik lain…

Water heater, cerek elektrik, penapis air, peti ais, mesin basuh, TV, lampu, kipas…
👉 Anggaran = RM10

Jumlah = RM39.39

Tambah kos air…
👉 RM5

Jumlah = RM44.39

Guest datang, kita sediakan teh, kopi, gula, sabun mandi, syampu…
👉 RM5

Jumlah = RM49.39

Lepas guest check out, semua linen kena cuci, sarung bantal, cadar, selimut…
👉 Kos dobi = RM10

Jumlah = RM59.39

Rumah p**a kena bersih, mop, vacuum, susun semula, sanitize…
👉 Upah pengemas = RM50

Jumlah = RM109.39

Dan realiti sekarang… kebanyakan homestay juga perlu tambah upah cuci profesional setiap kali guest keluar
👉 Kos tambahan = RM60

Jumlah kos operasi kasar sebenar = RM169.39

Sekarang bayangkan…

Jika harga homestay RM200 semalam…
Owner nampak macam dapat baki RM90 lebih.

Tapi hakikat sebenar…

RM200 – RM169.39 = RM30.61 sahaja

Ya… sekitar RM30 sahaja untuk satu malam.

Bersamaan lebih kurang 15% keuntungan kasar sahaja.

Dan ini masih belum kira:
• Pembaikan barang rosak
• Penyelenggaraan rumah
• Tukar perabot
• Servis kolam
• Cukai & bil lain
• Risiko hari kosong tanpa guest
• Ansuran rumah / komitmen aset

Realitinya… bisnes homestay bukan sekadar “sewa rumah dan tunggu duit masuk”.

Ia tentang menyediakan tempat selesa supaya tetamu rasa seperti p**ang ke rumah sendiri.

Kadang orang nampak harga…
Tapi tak nampak usaha di belakangnya.

Perkongsian ini bukan untuk kata siapa betul siapa salah.
Sekadar untuk kita sama-sama faham nilai di sebalik satu malam penginapan.

Kalau rasa perkongsian ini membuka mata… kongsikan supaya lebih ramai faham realiti dunia homestay ❤️

Welcome
14/02/2026

Welcome

SELAMAT MENGINAP DI BAITUL UMIE SEMPENA CUTI CNY
14/02/2026

SELAMAT MENGINAP DI
BAITUL UMIE SEMPENA CUTI CNY

25/12/2025

Singgah di homestay ambo musim cuti sekolah ni deh

Address

Lot 1412, Lorong Sakar Sungai, Kg. Atas Pinggir, Tendong
Kampong Pasir Mas
17030

Telephone

0179496206

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Baitul Umie Homestay posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Hotel

Send a message to Baitul Umie Homestay:

Shortcuts

Share