Puspanita Daerah Kuala Kangsar

Puspanita Daerah Kuala Kangsar PUSPANITA Daerah Kuala Kangsar

11/03/2024
9 Februari 2024Puspanita Daerah Kuala Kangsar telah berjaya menganjurkan Kelas Memasak Santai Santai PUSPANITA KUALE di ...
09/02/2024

9 Februari 2024

Puspanita Daerah Kuala Kangsar telah berjaya menganjurkan Kelas Memasak Santai Santai PUSPANITA KUALE di bawah seliaan Ketua Biro Publisiti dan Hebahan Cik Jasmei Norhuda Binti Razalli. Program yang bermula jam 8 pagi sehingga 12.45 tengahari di Pusat memasak KEMAS Sungai Siput riuh gembira dengan kehadiran 20 ahli Puspanita. Kelas masakan ini terdiri daripada 3 orang tenaga pengajar iaitu Cikgu Ana, Cikgu Ecah dan Cikgu Ayu, Semua peserta terlihat enjoy dan santai sambil menerima segala tips & trick yang disampaikan oleh cikgu-cikgu.
Kelas ini bertujuan mendedahkan peserta dengan persiapan menu berbuka puasa sempena Ramadhan yang akan menjelma tidak lama lagi. Di akhir sesi, 3 menu telah berjaya disediakan dan dimasak dengan lazat iaitu Nasi Arab Khabshah, Jelly Ball Kastad dan juga Kuih Cara Talam Berlauk.
Peserta amat teruja dan memberi komitmen yang penuh sepanjang hampir 4 jam kelas masak santai-santai ini berjalan. Di samping mempelajari ilmu masakan, program sebegini juga dilihat berupaya mengeratkan silaturrahim antara ahli-ahli Puspanita Daerah Kuala Kangsar yang datang dari pelbagai jabatan dan segenap lapisan. Yang jauh kita dekatkan, yang erat kita rapatkan. Semoga kelas sebegini boleh dianjurkan pada sesi yang akan datang dengan pelbagai lagi variasi menu dan masakan. ๐Ÿ’–



17/01/2024

12 & 13 Januari 2024

Alhamdulillah, dengan izinNya telah diadakan Program Latihan Kerja Berpasukan melibatkan tiga Daerah iaitu PUSPANITA Daerah Kinta, Manjung dan Kuala Kangsar bertempat di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Tronoh.

PUSPANITA Daerah Kuala Kangsar telah menghantar seramai sepuluh orang peserta yang diketuai oleh Pengerusi, Pn Munira Saliza binti Saleh dan barisan AJK serta ahli.

Pelbagai aktiviti dan program yang telah dijalankan antaranya adalah PERAH OTAK, PUZZLE, MENCARI LIRIK LAGU PUSPANITA, FISHERWOMEN & FISH, GELAP ITU TERANG, PERSEMBAHAN TARIAN, PERTANDINGAN BOLA JARING, dan WATER CONFIDENT.

Alhamdulillah, PUSPANITA Daerah Kuala Kangsar telah berjaya merangkul PERSEMBAHAN TERBAIK dan menjadi JUARA PERTANDINGAN BOLA JARING.
๐Ÿ’œ๐Ÿ’›๐Ÿ’œ๐Ÿ’›๐Ÿ’œ๐Ÿ’›๐Ÿ’œ๐Ÿ’›

Tahniah diucapkan kepada peserta yang mewakili PUSPANITA Daerah Kuala Kangsar ๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป

16 Disember 2023Program Ladies Santai Ride telah dianjurkan oleh Biro Sukan Dan Kesihatan Puspanita Daerah Kuala Kangsar...
17/01/2024

16 Disember 2023

Program Ladies Santai Ride telah dianjurkan oleh Biro Sukan Dan Kesihatan Puspanita Daerah Kuala Kangsar kelolaan Pn Hajar Ghazali telah disertai seramai 10 orang ahli Puspanita.

Program julung kali diadakan ini bertemakan 'pink putih' dengan motto "kayuh bagi sampai" mensasarkan kayukan sejauh 20km di sekitar kawasan Kuala Kangsar.

Permulaan mencuba aktiviti kayuhan ini turut disasarkan agar dijadikan rutin mingguan Puspanita Daerah Kuala Kangsar .

Berminat menyertai aktiviti ????ayuh sertai keahlian Puspanita Daerah Kuala Kangsar sekarang.


24 November 2023Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Kangsar dengan kerjasama PUSPANITA Daerah Kuala Kangsar telah menga...
25/11/2023

24 November 2023

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Kangsar dengan kerjasama PUSPANITA Daerah Kuala Kangsar telah menganjurkan *PROGRAM MALAYSIA AKTIF@KOMUNITI Peringkat Daerah Kuala Kangsar 2023 ( Senamrobik Mingguan )

Program ini mendapat sambutan menggalakkan dari ahli puspanita dengan penyertaan keseluruhan seramai 50 orang peserta. Antara aktiviti yang dijalankan adalah aerobik.

Aerobik merupakan jenis senaman kardiovaskular yang memaksa jantung dan paru-paru untuk bekerja lebih kuat daripada kebiasaan di samping membantu proses penurunan berat badan.

Ini berikutan setiap gerak langkah senaman itu akan diiringi muzik yang turut membantu menyegarkan fikiran, sekali gus mendatangkan perasaan seronok dan menghilangkan bosan. Tidak hairanlah ramai ahli Puspanita Daerah Kuala Kangsar menyertai aktiviti ini untuk manfaat diri dan keluarga.

Disamping badan sihat, peserta yang bertuah telah membawa hadiah yang menarik yang disediakan oleh penganjur.



19 Oktober 2023Pertandingan Boling Tertutup Puspanita Daerah Kuala Kangsar telah berlangsung dengan meriah di Ipoh Bowl ...
21/10/2023

19 Oktober 2023
Pertandingan Boling Tertutup Puspanita Daerah Kuala Kangsar telah berlangsung dengan meriah di Ipoh Bowl Kinta City. Pertandingan ini dihadiri seramai 60 ahli Puspanita Daerah Kuala Kangsar tanda sokongan padu kepada aktiviti yang dijalankan oleh Biro Sukan dan Kesihatan. Tahniah kepada semua pemenang.

Kategori Berkumpulan

Johan
1. Nurhana Binti Arifin [Pejabat Hutan]
2. Nor Hartini Binti Ahmad Sabri [MPKK]
3. Norhatiqah Binti Ata [AADK]

Naib Johan
1. Indah Sofiyani @ Siti Hawa Bt Osman [ RISDA]
2. Nur Naqiba Bt Mohd Yusoff [RISDA]
3. Nur Hafizah Bt Shaharuddin [RISDA]

Ketiga
1. Norhanim Bt Mohamed Ghazali [PESARA]
2.Ramlah Bt Ibrahim [PESARA]
3. Hajar Bt Mohamed Ghazali [KBS]

Kategori Individu
Johan - Nurhana Bt Arifin [Pejabat Hutan]
Naib Johan - Wabariah Mat Johor [PERKESO]
Ketiga - Norhatiqah Bt Ata [AADK]

Tahniah kepada Pn Hajar Binti Mohamed Ghazali dan team atas penganjuran yang tip top.

12 September 2023Program Memaknai Hijrah, Menghayati Kemerdekaanโ€ Peringkat Daerah Kuala Kangsar sempena sambutan Maal H...
13/09/2023

12 September 2023

Program Memaknai Hijrah, Menghayati Kemerdekaanโ€ Peringkat Daerah Kuala Kangsar sempena sambutan Maal Hijrah dan Hari Malaysia Tahun 2023 anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar telah diadakan di Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar.

Program telah diisi dengan ceramah kemerdekaan oleh Tn Hj Azhar Bin Ahmad, Pegawai Tadbir Agama, Daerah Kuala Kangsar dan persembahan nasyid oleh anak-anak Taska Genius Kuala Kangsar.

Kemuncak Program ini adalah penyampaian anugerah kepada tokoh yang hebat dalam beberapa kategori. Salah seorang penerima anugerah dalam kategori Anugerah Srikandi Cakna Daerah Kuala Kangsar adalah Puan Hajar Bin Mohamed Ghazali, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Kangsar merangkap Biro Sukan Puspanita Daerah Kuala Kangsar.

Semoga anugerah ini menjadi pemangkin dan menyuntik semangat wanita-wanita dalam kalangan ahli Puspanita agar lebih innovative, creative dan proactive.


16 Mei 202325 Syawal 1444HSambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Puspanita Daerah Kuala Kangsar di Kediaman Rasmi Pegawai...
16/05/2023

16 Mei 2023
25 Syawal 1444H

Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Puspanita Daerah Kuala Kangsar di Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Kuala Kangsar.

Rumah Terbuka Puspanita bertujuan meraikan semua ahli Puspanita Daerah Kuala Kangsar dari yang jauh dan dekat, pelbagai kaum dan dari pelbagai jabatan untuk berkumpul, bersua muka dan meraikan aidilfitri bersama dengan penuh kesyukuran.

Booth makanan dan minuman disedia dan dikendalikan oleh setiap Biro Puspanita. Terima kasih jua kepada ahli Puspanita yang hadir membawa makanan untuk dikongsi bersama.

Bagi memeriahkan majlis, 2 kategori dipertandingkan sepanjang majlis berlangsung iaitu booth tercantik dan Baju Raya Gojes dan Glamour. Tahniah kepada pemenang
i. Gerai Tercantik - Booth No 4 [gerai cucu udang dan Kuah Kacang]
ii. Baju Raya Gojes dan Glamour - Puan Nurul Akma [PDTKK]

Semoga ukhwah ini berpanjangan dan berkekalan.
Semoga berjumpa lagi di syawal tahun hadapan

*Assalammualaikum dan Salam Sejahtera**Jemputan Ke Majlis Rumah Terbuka PUSPANITA Daerah Kuala Kangsar ๐ŸŒ™๐Ÿ’ซโญ๏ธ*Dijemput sem...
11/05/2023

*Assalammualaikum dan Salam Sejahtera*

*Jemputan Ke Majlis Rumah Terbuka PUSPANITA Daerah Kuala Kangsar ๐ŸŒ™๐Ÿ’ซโญ๏ธ*

Dijemput semua ahli PUSPANITA Daerah Kuala Kangsar ke Majlis Rumah Terbuka PUSPANITA Daerah Kuala Kangsar pada ketetapan berikut:

Tarikh : 16 Mei 2023
Masa : 2.00 ptg - 4.00 ptg
Tempat : Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Kuala

Kami juga akan mengadakan potluck ๐Ÿ‡๐Ÿ‰๐Ÿ’๐Ÿฅ๐Ÿฅž๐Ÿฅช๐Ÿฆ๐Ÿง, so kepada ahli2 yang ingin membawa buah-buahan or desert amatlah dialu-alukan ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Jom kita beramai-ramai memeriahkan lagi Rumah Terbuka PUSPANITA dan menikmati hidangan yang disediakan ๐Ÿ›๐Ÿฒ๐Ÿœ๐Ÿก๐Ÿฎ๐Ÿง†

21 Mac 2023Marhaban ya RamadanMajlis bacaan Yaasin sempena menyambut bulan ramadan bulan yang penuh dengan keberkatan di...
22/03/2023

21 Mac 2023

Marhaban ya Ramadan

Majlis bacaan Yaasin sempena menyambut bulan ramadan bulan yang penuh dengan keberkatan di kediaman Pegawai Daerah Kuala Kangsar melibatkan 30 orang ahli puspanita Daerah Kuala Kangsar.

โ€œRamadan adalah bulan yang dimulai dengan belas kasih, ditengahnya penuh dengan ampunan dan diakhirnya adalah kebebasan api nerakaโ€

Selamat Menyambut bulan Ramadan kepada semua ahli Puspanita Daerah Kuala Kangsar dan seluruh umat Islam di dunia.


13 Mac 2023Telah berlangsung Program Ukhwah Gathering Santai-santai anjuran Puspanita Daerah Kuala Kangsar di bawah kelo...
16/03/2023

13 Mac 2023

Telah berlangsung Program Ukhwah Gathering Santai-santai anjuran Puspanita Daerah Kuala Kangsar di bawah kelolaan AJK Puan Hajar Binti Mohamed Ghazali. Dengan menggunakan tema baju kotak-kotak dan seluar jeans, seramai 30 orang ahli Puspanita telah hadir dan menjalani pelbagai aktiviti yang menarik. Tahniah dan terima kasih di atas kerjasama semua peserta yang terlibat.


Address

Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Kangsar
Kuala Kangsar
33000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

05 - 776 1066

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Puspanita Daerah Kuala Kangsar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share