20/05/2025
𝗧𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗸𝗲𝗺𝘂𝗻𝗴𝗸𝗶𝗻𝗮𝗻 𝗦𝗰𝗮𝗺𝗺𝗲𝗿 𝗛𝗼𝗺𝗲𝘀𝘁𝗮𝘆 :
1. HARGA atau promosi tidak masuk akal.
a) harga private pool 4 bilik RM250-RM300 -TIDAK LOGIK
b) minta bayar deposit dan jika buat bayaran penuh dapat diskaun
c) Jangan tertarik dengan harga yang murah. Scammer s**a pancing mangsa yg s**a harga yg murah.
2. Gambar homestay kadang² melalui screenshot "google street view" ataupun dicuri dari owner homestay yang betul yang tiada watermark pada gambar
3. Terlalu memaksa untuk mendapatkan deposit & Deposit yang tinggi (deposit melebihi RM100/malam).
4. Ayat yang mempengaruhi/psiko kita. Contoh: ‘Ada 2-3 orang lagi yang tengah bincang sekarang, siapa cepat dia dapat ye.'; 'jika terus bayar penuh hari ni dapat diskaun'.
5. Homestay dia sentiasa available walaupun pada Tarikh yang peak/hot season. Biasanya musim cuti cepat je semua homestay dah penuh. Selepas booking cuba tanya dengan nombor fon yang lain confirm scammer jawab masih available tarikh tersebut.
𝗧𝗶𝗽𝘀 𝗘𝗹𝗮𝗸 𝗗𝗶𝘁𝗶𝗽𝘂 𝗦𝗰𝗮𝗺𝗺𝗲𝗿 𝗛𝗼𝗺𝗲𝘀𝘁𝗮𝘆 :
1. Semak profile facebook. Friends facebook yang rendah (bawah 100) dan kebanyakkan friends dari indonesia@luar negara & bukan orang tempatan.
- profile facebook bukan di 'lock' (orang berniaga/bisness tidak akan lock @ private profile mereka)
2. Lakukan carian nombor telefon: install app 'true caller', carian google/facebook. Kebiasaanya ada report @ warning sekiranya scammer
3. Search melalui profile facebook scammer. Guna keyword 'homestay' pada search profile. Biasanya scammer akan beriklan juga homestay di group negeri² lain dengan alamat berbeza
4. Jangan sesekali post nombor telefon anda pada iklan. Contoh: "sy mencari homestay pada ### sila hubungi sy di talian 012-######." Scammer mungkin cuba contact anda
5. Jangan malu bertanya dalam mana-mana group homestay tentang apa-apa yang meragukan atau bertanya terus/call tuan rumah. Owner yang betul biasanya tak melenting. Ini boleh menyelamatkan dari kerugian beratus² duit anda.
5. Survey pengalaman orang, cuba search di laman media sosial mengenai pengalaman orang yang menginap di homestay tersebut. Kadang-kadang ada di TikTok, Ig, Google Review atau Group Homestay di Facebook.
6. Pastikan juga Nombor fon owner homestay sama seperti di platform google maps atau facebookpage rasmi
7. Sebelum bayaran, minta location beserta gambar terkini bertujuan meminta wakil untuk semak kewujudan homestay kawasan tersebut.
𝗧𝗶𝗽𝘀 𝗵𝗮𝗽𝘂𝘀𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗰𝗮𝗺𝗺𝗲𝗿 𝗵𝗼𝗺𝗲𝘀𝘁𝗮𝘆:
1. Sila report pada admin group sekiranya anda tertipu atau ada account facebook mencurigakan
2. Penting untuk report pada polis atau call NSRC 997 jika tertipu supaya nombor account scammer ada dalam list polis & bank. Bank akan block/bekukan acc scammer. Ini akan menyusahkan scammer untuk teruskan operasi scam lagi.
3. Sceenshot siap² bukti conversation SEBELUM anda 'meminta'/memaksa scammer mengaku kerana scammer akan delete conversation segera untuk hapuskan bukti