24/09/2026
📢 Makluman kepada pelanggan hotel
Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua tetamu kami 😊
Untuk makluman, hotel kami berada di tengah-tengah laluan perarakan sambutan Pesta Tanglung & Perayaan Kuih Bulan pada 25 September (Jumaat).
Jadi, pada hari tersebut kemungkinan akan berlaku kesesakan lalu lintas dan sedikit perubahan laluan di sekitar hotel.
Kepada tetamu yang nak datang atau keluar hotel, molek sangatlah kalau rancang perjalanan awal sikit dan ikut arahan pihak berkuasa serta petugas di lokasi. 🚗
Jangan risau dok 😄 — hotel kami tetap beroperasi seperti biasa. Cuma mungkin kena bersabar sikit dengan keadaan jalan dan orang ramai.
Kami mohon maaf atas sebarang kesulitan dan terima kasih banyak-banyak atas kerjasama semua.
🎉 Mari kita sama-sama meriahkan sambutan perayaan di Kuala Terengganu!
Selamat datang ke Kuala Terengganu — mari buat molek-molek, kita jaga sama-sama! ❤️