Rumah Kayu Lalapan

Call Directions Contact the hotel

Rumah Kayu Lalapan RUMAH TRANSIT KUALA SELANGOR
�PASIR PENAMBANG, TG KARANG�

Tiada tempahan diterima oleh Rumah Kayu Lalapan ke atas beberapa unit penginapan pada hari hujung minggu lepas di antara...
08/10/2026

Tiada tempahan diterima oleh Rumah Kayu Lalapan ke atas beberapa unit penginapan pada hari hujung minggu lepas di antara tarikh 3 - 4 OKT 2026 iaitu :-

🏡 Rumah Qaseh Lalapan (with private pool)

🏡 Rumah Inap Lalapan (with private pool)

🏠 Rumah Sooka Lalapan (unit standard)

🏠 Rumah Anjung Lalapan (unit rahmah)

-----------------------

Burung merpati terbang tinggi,
Hinggap sebentar di hujung laman,
Walau hujung minggu tiada rezeki,
Semoga minggu mendatang penuh tempahan.

Tiada tempahan diterima oleh Rumah Kayu Lalapan ke atas beberapa unit penginapan pada hari hujung minggu semalam di anta...
03/10/2026

Tiada tempahan diterima oleh Rumah Kayu Lalapan ke atas beberapa unit penginapan pada hari hujung minggu semalam di antara tarikh 26-27 SEP 2026 iaitu :-

🏡 Rumah Qaseh Lalapan (with private pool)

🏡 Rumah Inap Lalapan (with private pool)

🏠 Rumah Sooka Lalapan (unit standard)

🏠 Rumah Anjung Lalapan (unit rahmah)

-----------------------

Burung merpati terbang tinggi,
Hinggap sebentar di hujung laman,
Walau hujung minggu tiada rezeki,
Semoga minggu mendatang penuh tempahan.

27/09/2026

🚴‍♂️🇲🇾 Rombongan LTDL lalu depan Homestay Rumah Kayu Lalapan!

Seronok melihat suasana meriah apabila rombongan Le Tour de Langkawi (LTDL) melintasi jalan di hadapan Homestay Rumah Kayu Lalapan. Penduduk sekitar turut keluar melambai tangan dan memberi sokongan kepada para pelumba serta kenderaan petugas yang mengiringi perlumbaan.

Walaupun hanya seketika, suasana sebegini memang menceriakan kawasan kampung — pelumba terus memecut, penduduk melambai, kenderaan petugas bersilih ganti. Memang satu pengalaman menarik apabila acara bertaraf antarabangsa melalui depan rumah sendiri! 🚴‍♀️👏🇲🇾

22/09/2026

🌾🎬 KEINDAHAN TANJONG KARANG & SEKINCHAN – LOKASI PILIHAN PRODUSER DRAMA, TELEFILEM & FILEM

Keindahan Tanjong Karang dan Sekinchan bukan sahaja terkenal dengan sawah padi yang terbentang luas, malah kawasan ini juga sering menjadi pilihan produser drama, telefilem dan filem sebagai lokasi penggambaran.

Admin sendiri pernah terlibat dalam penggambaran dan suntingan drama sebagai pelakon tambahan, antaranya Kiambang (2014), Sayangku Damia (2013) dan beberapa drama lain termasuk produksi berbahasa Mandarin. 😄🎥

Antara lokasi yang paling rare dan menarik sudah pasti sawah padi, Pasar Awam Sekinchan, kawasan pantai, rumah-rumah kampung yang penuh nostalgia serta pokok durian sebatang yang berdiri megah di tengah sawah. 🌾🌴

Jadi, jom melawat Tanjong Karang & Sekinchan hujung minggu ini! Mana tahu bila sampai nanti boleh rasa macam seorang superstar… atau paling kurang pun dapat peluang jadi pelakon tersohor. 😂

Kalau tak sempat pun tak mengapa…
Cukuplah sekadar menjadi “pelakon tambahan” dalam dunia ini. ❤️🎬🌾

Terima kasih kepada penginap Rumah Kayu Lalapan yang telah memilih beberapa unit penginapan pada hujung minggu lepas ant...
21/09/2026

Terima kasih kepada penginap Rumah Kayu Lalapan yang telah memilih beberapa unit penginapan pada hujung minggu lepas antara tarikh 19-20 SEP 2026 iaitu :-

🏡 Rumah Qaseh Lalapan (famili besar + private pool)

Tiada Tempahan

🏡 Rumah Inap Lalapan (famili kecil + private pool)

19-20/9/26 (2H1M) : Puan Norhidayah - Parit Buntar, Perak

🏠 Rumah Sooka Lalapan (unit standard)

Tiada Tempahan

🏠 Rumah Anjung Lalapan (unit rahmah)

Tiada Tempahan

-----------------------------------

Rumah kayu tenang suasana,
Singgah berehat hilang keletihan,
Terima kasih datang bertamu seketika,
Semoga pulang membawa kenangan.

🏡🔥 KENAPA RAMAI S**A PILIH RUMAH KAYU LALAPAN?Bukan sekadar tempat menginap… ini lokasi strategik untuk anda terokai Kua...
18/09/2026

🏡🔥 KENAPA RAMAI S**A PILIH RUMAH KAYU LALAPAN?

Bukan sekadar tempat menginap… ini lokasi strategik untuk anda terokai Kuala Selangor, Tanjong Karang & Sekinchan! 🌾🌴

Dari tempat menarik, sawah padi, pantai, kelip-kelip, Sky Mirror, makanan viral, hasil laut, pasar kampung, buah tangan hinggalah hospital dan dewan keramaian — semuanya ada dalam jarak yang mudah untuk dikunjungi. 🚗✨

Sesuai untuk keluarga, rombongan, urusan kerja, menghadiri kenduri atau sekadar nak healing dengan suasana kampung yang tenang. ❤️

📍 Rumah Kayu Lalapan
Tanjong Karang • Kuala Selangor

🌾 Datang sebagai tetamu, pulang membawa kenangan.
📲 Nak tanya tarikh kosong & harga? PM/WhatsApp kami sekarang! 🏡✨

Tiada tempahan diterima oleh Rumah Kayu Lalapan ke atas beberapa unit penginapan pada hari hujung minggu semalam di anta...
18/09/2026

Tiada tempahan diterima oleh Rumah Kayu Lalapan ke atas beberapa unit penginapan pada hari hujung minggu semalam di antara tarikh 12-13 SEP 2026 iaitu :-

🏡 Rumah Qaseh Lalapan (with private pool)

🏡 Rumah Inap Lalapan (with private pool)

🏠 Rumah Sooka Lalapan (unit standard)

🏠 Rumah Anjung Lalapan (unit rahmah)

-----------------------

Burung merpati terbang tinggi,
Hinggap sebentar di hujung laman,
Walau hujung minggu tiada rezeki,
Semoga minggu mendatang penuh tempahan.

Terima kasih kepada penginap Rumah Kayu Lalapan yang telah memilih beberapa unit penginapan pada CUTI PERSEKOLAHAN PENGG...
10/09/2026

Terima kasih kepada penginap Rumah Kayu Lalapan yang telah memilih beberapa unit penginapan pada CUTI PERSEKOLAHAN PENGGAL KEDUA antara tarikh 29 OGOS hingga 6 SEPTEMBER 2026 iaitu :-

🏡 Rumah Qaseh Lalapan (famili besar + private pool)

28/8 - 30/8: Puan Nor Ernie - Rawang, Selangor

30/8 - 1/9: En Abdul Hakim - Ampang, Selangor

3/9 - 5/9/26: Puan Suzilfarininda - Senawang, Negeri Sembilan

5/9 - 6/9/26: Puan Marsita - Tangkak, Johor

🏡 Rumah Inap Lalapan (famili kecil + private pool)

28/8 - 30/8: Puan Nor Ernie - Rawang, Selangor

30/8 - 31/8: Puan Nor Aziyan - Rawang, Selangor

31/8 - 1/9: Puan Azlina - Puncak Alam, Selangor

1/9 - 2/9 : Puan Norsilah - Banting, Selangor

5/9 - 6/9: Encik Mohammad Syamer Imran - Sg Buloh, Selangor

🏠 Rumah Sooka Lalapan (unit standard)

28/8 - 30/8: Puan Nor Ernie - Rawang, Selangor

5/9 - 6/9 : Puan Nurul Akma - Kerling, Selangor

🏠 Rumah Anjung Lalapan (unit rahmah)

Tiada Tempahan

-----------------------------------

Sawah terbentang di Tanjong Karang,
Singgah bercuti bersama keluarga,
Rumah Kayu tempat beristirahat tenang,
Terima kasih bertamu - semoga kembali lagi berjumpa.

🌤️ SELAMAT PAGI AHAD! 🌤️🍽️ MENCARI SARAPAN PAGI SEKITAR HOMESTAY RUMAH KAYU LALAPAN?Tak perlu pergi jauh! Dalam radius s...
06/09/2026

🌤️ SELAMAT PAGI AHAD! 🌤️

🍽️ MENCARI SARAPAN PAGI SEKITAR HOMESTAY RUMAH KAYU LALAPAN?

Tak perlu pergi jauh! Dalam radius sekitar 2 KM sahaja, macam-macam pilihan sarapan pagi menarik menanti anda. 😋

🐟 Pasar Nelayan Sungai Yu
Nasi lemak, sembilang goreng rangup, kari kepala jenahak & kari telur ikan dengan harga yang murah. Turut ada pelbagai produk orang kampung dan ikan segar hasil nelayan pesisir pantai.

🌈 Roti Canai Pelangi, Kg Sungai Yu
Signature mereka — roti canai pelbagai warna! Selain itu, pelbagai menu sarapan pagi turut disediakan.

🥥 Kedai Ketupat Kak Yan, Kg Permatang
Ketupat anyam bersama rendang ayam… memang mengamit selera seperti suasana Aidilfitri! 😍 Turut ada pelbagai sarapan pagi termasuk roti canai sarang burung.

🥤 Kedai Kamal Air Singgit, Simpang Empat Kg Permatang
Jangan terkejut… air segelas masih RM1, termasuk Milo! 🤩 Pelbagai kuih-muih tradisional dan makanan kampung turut dijual, termasuk nasi lemak daun pisang yang memang awesome.

🍤 Kedai Nasi Lemak Wan Chik, Kg Ujung Permatang
Pelbagai pilihan nasi lemak seperti sambal udang, bilis, pari dan sardin — hanya RM1.50! 👍

🍛 Kedai Nasi Lemak Anjang, Kg Permatang
Kedai makan orang kampung yang menyediakan nasi lemak dengan pelbagai pilihan lauk, lontong dan banyak lagi.

🏡 Menginap di Rumah Kayu Lalapan?
Inilah antara keistimewaannya — bangun pagi, keluar mencari sarapan dan nikmati rasa kampung yang asli! ❤️

📍 JOM SINGGAH KE TANJONG KARANG!
Macam-macam ada… makanan ada, suasana kampung ada, ikan segar pun ada! 😍








Address

Lot 591-A2 (Belakang Kuih Kapit), Batu 2, Pasir Penambang
Kuala
45000

Telephone

+60132883299

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rumah Kayu Lalapan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Hotel

Send a message to Rumah Kayu Lalapan:

Shortcuts

Share