Pengakap Terengganu

Pengakap Terengganu Official page for Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu

JADUAL RASMIJAMBORI ANTARABANGSA PENGAKAP TERENGGANU (TIJ100)OFFICIAL SCHEDULETERENGGANU INTERNATIONAL SCOUT JAMBOREE (T...
08/09/2026

JADUAL RASMI
JAMBORI ANTARABANGSA PENGAKAP TERENGGANU (TIJ100)

OFFICIAL SCHEDULE
TERENGGANU INTERNATIONAL SCOUT JAMBOREE (TIJ100)

Buku TIJ 100 Brand Manual telah dikeluarkan sebagai rujukan dan panduan rasmi kepada semua kontinjen negeri, negara luar...
08/09/2026

Buku TIJ 100 Brand Manual telah dikeluarkan sebagai rujukan dan panduan rasmi kepada semua kontinjen negeri, negara luar dan daerah. Semua pihak adalah diwajibkan menjadikan buku ini sebagai panduan utama bagi semua urusan promosi dan penerbitan sempena Sambutan 100 Tahun TIJ bagi memastikan keseragaman identiti.

The TIJ 100 Brand Manual has been released as the official reference and guide for all state, international and district contingents. All parties are required to use this manual as the main guide for all promotional and publication matters in conjunction with the 100th Anniversary of TIJ to ensure a unified identity.

Dikeluarkan oleh : Sekretariat TIJ100
Issued by: TIJ100 Secretariat

8 September 2026

TERENGGANU, 7 September 2026 – Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu, Dr. Shahrul Azwan bin Mohamad @ Endut, hari...
07/09/2026

TERENGGANU, 7 September 2026 – Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu, Dr. Shahrul Azwan bin Mohamad @ Endut, hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Pemimpin Gerakan Pramuka Indonesia Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur, Encik Joko Satria A.

Pertemuan tersebut bertujuan untuk membincangkan program kepengakapan bersama, selain memperincikan penyertaan kontinjen Gerakan Pramuka Indonesia Kedutaan Indonesia ke Terengganu International Jamboree Ke-100 (TIJ100) yang dijadualkan berlangsung pada Disember ini. Melalui penglibatan dalam TIJ100, kerjasama erat antara Persekutuan Pengakap Malaysia dan Gerakan Pramuka Indonesia diharap dapat terus diperkukuhkan.

Dalam kesempatan yang sama, Encik Joko turut merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Shahrul Azwan atas penganugerahan Pingat Satyawira Pratama Gerakan Pramuka Indonesia. Pingat penghormatan tersebut telah disampaikan baru-baru ini semasa Jambore Nasional Gerakan Pramuka XII (Jamnas XII) 2026 yang berlangsung di Bumi Perkemahan dan Graha Wisata Pramuka (Buperta) Cibubur, Indonesia.

Turut hadir bagi menyambut kunjungan hormat tersebut ialah Setiausaha Kehormat Majlis Pengakap Negeri Terengganu, Puan Hajah Zah bt Mohamad, serta Penolong Ketua Pesuruhjaya Negeri Terengganu (Hal Ehwal Antarabangsa), Encik Wan Muhammad Adib bin Wan Zuraidi.


-21/12/2026


06/09/2026
RAJA PENYU & SULONG CHALIL - BUKTI TERENGGANU RUMAH BERSAMA. SEDIA SONGSONG TIJ 100Sejarah berulang.Selepas hampir 9 tah...
04/09/2026

RAJA PENYU & SULONG CHALIL - BUKTI TERENGGANU RUMAH BERSAMA. SEDIA SONGSONG TIJ 100

Sejarah berulang.

Selepas hampir 9 tahun, ‘Raja Penyu’ kembali mendarat di Pantai Gong Balai, Marang pada 1 September lalu. 44 biji telur penyu belimbing telah selamat dipindahkan ke pusat penetasan Rantau Abang - mengulang semula peristiwa penting yang pernah mencatatkan nama Terengganu di peta pemuliharaan penyu dunia.

Tidak lama selepas itu, Sulong Chalil, gajah liar jantan dari JRTB, turut dipindahkan ke Taman Negara Terengganu melalui Tasik Kenyir bagi mendapatkan habitat yang lebih selamat dan sesuai.

Dua peristiwa yang hampir sama ini mengingatkan kita: Terengganu bukan sahaja indah, tetapi masih menjadi tempat tumpuan hidupan liar untuk terus hidup dan dilindungi.

Bulan Disember ini, TIJ 100 akan menghimpunkan 10,000 orang peserta di bumi Terengganu. Jadikan semangat pemuliharaan ini sebagai sebahagian daripada TIJ 100. Kerana pengakap bukan hanya belajar survival, tetapi juga memimpin usaha menjaga alam amanah untuk generasi akan datang.

Selamat pulang Raja Penyu.
Selamat maju Sulong Chalil.
Selamat datang warga TIJ 100 ke Terengganu.


-21/12/2026


MARANG, 27 Ogos 2026 – Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu, Dr. Shahrul Azwan bin Mohamad @ Endut telah menyemp...
27/08/2026

MARANG, 27 Ogos 2026 – Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu, Dr. Shahrul Azwan bin Mohamad @ Endut telah menyempurnakan Majlis Perasmian Marang Bee Scout Camp 2026 di SK Padang Mengkuang, Marang.

Program anjuran bersama Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Marang dan Pejabat Pendidikan Daerah Marang ini melibatkan penyertaan peserta peringkat pra sekolah dari seluruh daerah Marang.

Majlis perasmian tersebut turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Wan Ahmad Samir bin Wan Mohd Nor, Pengerusi Majlis Pengakap Daerah Marang, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Marang, Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, serta barisan Penolong-Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Marang.

Marang Bee Scout Camp merupakan inisiatif penting dalam memperkenalkan asas-asas pergerakan pengakap kepada kanak-kanak pra sekolah. Melalui pelbagai aktiviti yang dirancang, para peserta didedahkan dengan nilai-nilai murni seperti disiplin, kerjasama, berdikari dan semangat berpasukan sejak usia awal.


-21/12/2026


MARANG, 26 Ogos 2026– Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu, Dr. Shahrul Azwan bin Mohamad @ Endut telah mengadak...
26/08/2026

MARANG, 26 Ogos 2026– Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu, Dr. Shahrul Azwan bin Mohamad @ Endut telah mengadakan lawatan ke Marang Bee Scout Camp 2026 yang berlangsung di SK Padang Mengkuang, Marang.

Lawatan tersebut diadakan bagi meninjau secara dekat perjalanan program yang dianjurkan secara bersama oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Marang dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Marang.

Marang Bee Scout Camp merupakan salah satu inisiatif penting dalam memperkenalkan asas-asas pergerakan pengakap kepada peserta peringkat pra sekolah. Melalui pelbagai aktiviti yang dirancang, para peserta cilik didedahkan dengan nilai-nilai murni seperti disiplin, kerjasama, berdikari dan semangat berpasukan sejak dari usia awal.


-21/12/2026


Address

Pejabat Pentadbiran MPNT, Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin
Kuala
21300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pengakap Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Hotel

Send a message to Pengakap Terengganu:

Share

Category