Komuniti kuantan

Directions

Komuniti kuantan Info semasa rakyat kuantan

Ni ler penjahat yg simbah najis kumbahan di masjid Warisan ..berbangsa sikh bkn melayu Islam.
18/10/2026

Ni ler penjahat yg simbah najis kumbahan di masjid Warisan ..berbangsa sikh bkn melayu Islam.

Hari ni seorang ustazah berusia 57 tahun akan didakwa di Mahkamah Kota Bharu di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan keran...
12/10/2026

Hari ni seorang ustazah berusia 57 tahun akan didakwa di Mahkamah Kota Bharu di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dan Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan membahayakan nyawa orang lain.

Insiden pada 12 April 2026 masih lagi terbayang apabila gambar ustazah direman, bergari, pakai baju lokap yang tidak menutup aurat wanita muslimah dengan sempurna tersebar.

Beliau ditahan hari yang sama kejadian yang meragut nyawa arwah adik Hawa, 13 tahun. Beliau tertekan pedal minyak dan terbabas sebelum melanggar mangsa.

Kejadian itu tidak sengaja. Semua orang tahu ia adalah kemalangan yang tidak disengajakan.

Namun beliau didakwa di bawah dua Seksyen ; 304 dan 336.

Semoga hakim yang bijaksana menilai sebaiknya fakta kes ini.

Cuma.... Insiden kereta BYD yang melanggar 6 buah kenderaan hingga meragut nyawa seorang kanak-kanak berusia 5 tahun kelmarin, pemandu masih tidak ditahan kerana sedang dirawat di hospital swasta akibat gegaran otak katanya.

Dan mengikut portal berita arus perdana, pemandu BYD itu akan didakwa di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Video dashcam jelas menunjukkan dia memandu sangat laju dan melulu. Dah la begitu, terus dia melarikan diri (langgar lari) dan langsung tak pedulikan mangsa-mangsa yang dia langgar.

Nak tanya peguam yang arif ya, kenapa berbeza pertuduhan dibuat. Ustazah kena dakwa bawah Seksyen 304 dan 336 Kanun Keseksaan. Manakala pemandu BYD disiasat bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan.

Jika lihat kejadian berlaku, dapat dilihat ustazah memang tak sengaja menyebabkan kemalangan. Sejurus selepas berlaku ustazah terus keluar kereta melihat keadaan mangsa. Beliau sendiri menangis minta maaf pada mangsa dan waris mangsa.

Berbeza sungguh dengan pemandu BYD yang langgar lari ni.

Saya tak pertikaikan dakwaan, saya cuma nak tahu kenapa berbeza Seksyen pertuduhan walhal kes hampir sama, kemalangan yang menyebabkan kematian.

Harap ada yang arif boleh bantu bagi pencerahan. Terima kasih.

Satu Rakaat, 30 Juzuk, 7 Jam – Pemuda Syria Ini Buktikan Cinta Pada Al-QuranBayangkan berdiri dalam solat selama 7 jam. ...
07/10/2026

Satu Rakaat, 30 Juzuk, 7 Jam – Pemuda Syria Ini Buktikan Cinta Pada Al-Quran

Bayangkan berdiri dalam solat selama 7 jam. Bukan duduk, bukan baring. Berdiri. Satu rakaat. 30 juzuk. Itulah yang dilakukan oleh seorang pemuda Syria, Abdul Rahman Al-Nabhan.

Dia berasal dari Aleppo, Syria. Kini menetap di Turkiye. Dalam satu solat Tahajjud di sebuah masjid di Istanbul, dia membaca seluruh Al-Quran dari awal hingga akhir. Dalam satu rakaat sahaja. Lebih kurang tujuh jam. Tanpa henti.

Bayangkan. Kita solat lima minit pun kadang rasa lama. Dia berdiri tujuh jam. Bukan kerana nak menunjuk. Bukan kerana nak viral. Tapi kerana cinta pada Al-Quran. Kerana hafazan yang dijaga bertahun-tahun. Kerana hubungan dengan Allah yang dibina setiap malam.

Kisah ini bukan sekadar tentang hafalan. Ia tentang kesabaran. Tentang istiqamah. Tentang betapa besarnya nikmat Al-Quran dalam hidup seseorang. Kadang-kadang kita rasa kita tak mampu buat perkara besar. Tapi Abdul Rahman ajar kita satu benda. Kalau kita sayang Al-Quran, Allah akan buka jalan. Mungkin bukan tujuh jam. Mungkin lima minit sehari. Tapi istiqamah.

Semoga Allah pelihara hafazan dia, kuatkan imannya, dan jadikan dia ahli Quran di dunia dan akhirat. Dan semoga kita juga diberi kekuatan untuk dekat dengan Al-Quran. Aamiin.


GABUNGAN PERTUBUHAN ISLAM TUNTUT TINDAKAN SKMM TERHADAP KANDUNGAN PALSU SEBAR KEBENCIAN TERHADAP ETNIK ROHINGYAMapim men...
05/10/2026

GABUNGAN PERTUBUHAN ISLAM TUNTUT TINDAKAN SKMM TERHADAP KANDUNGAN PALSU SEBAR KEBENCIAN TERHADAP ETNIK ROHINGYA

Mapim menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap kandungan dalam talian yang didakwa palsu dan berunsur kebencian yang menyasarkan etnik Rohingya.

Presiden Mapim, Azmi Abdul Hamid, turut mencadangkan penubuhan “task force kebangsaan” yang melibatkan SKMM, polis, Kementerian Dalam Negeri, pakar forensik digital serta kump**an masyarakat sivil.

Menurut beliau, pas**an itu perlu menyiasat lebih awal kewujudan akaun palsu, tingkah laku tidak tulen yang terkoordinasi, maklumat salah yang dihasilkan AI, statistik rekaan, video dimanip**asi serta kandungan yang boleh mencetuskan kebencian terhadap sesuatu komuniti.

Azmi turut mempersoalkan sama ada penyebaran kebencian terhadap Rohingya berlaku secara spontan atau terdapat rangkaian akaun yang sengaja memanip**asi sentimen masyarakat.

Beliau juga mahu pihak berkuasa menyiasat kemungkinan akaun dari luar negara digunakan untuk mempengaruhi sentimen awam di Malaysia.

Mapim bagaimanapun menegaskan mereka tidak membuat kesimp**an bahawa semua akaun yang menyebarkan kandungan anti-Rohingya adalah akaun palsu, sebaliknya perkara itu perlu dibuktikan melalui siasatan.

Menurut laporan itu, Mapim turut merujuk beberapa dakwaan mengenai Rohingya yang sebelum ini dinafikan agensi kerajaan, termasuk dakwaan mereka hadir ke premis JPN untuk mendapatkan MyKad dan dakwaan JPJ mahu membenarkan Rohingya mendapatkan lesen memandu.

Mapim berkata kandungan seperti video pendek, gambar, komen dan hantaran media sosial tidak sepatutnya terus dianggap sebagai bukti hanya kerana mendapat ribuan tontonan atau perkongsian.

“Viral” tidak bermaksud benar. Banyak komen tidak bermaksud fakta. Banyak perkongsian tidak bermaksud kesahihan.

Mapim turut menyeru rakyat supaya perbezaan pandangan mengenai dasar kerajaan, imigresen, kawalan sempadan dan penguatkuasaan dibincangkan berdasarkan fakta dan keadilan.

Sumber: MalaysiaNow
4 Oktober 2026 | 1:39 tengah hari

Dah 3 tahun saya perhati benda ni. Bukan TikTok Shop je, Shopee pun sama.Student saya yang pernah capai sale RM200K sebu...
04/10/2026

Dah 3 tahun saya perhati benda ni. Bukan TikTok Shop je, Shopee pun sama.

Student saya yang pernah capai sale RM200K sebulan pun ada yang melingkup. Bukan sebab tak pandai jual. Sebab margin dimakan sikit-sikit sampai habis.

Polanya simple. Setahun Shopee adjust komisen 2 hingga 3 kali. Tak ada kawalan, tak ada siling. Kami ShopeeXpert ni seller juga, jadi kami tahu lebih kurang 2 minggu awal sebelum komisen naik. Setiap kali kami complain. Setiap kali juga macam angin lalu.

Saya ni orang lapangan. Kerja saya ajar SME dan makcik-makcik mula berniaga online. Sekarang nak buka kedai tak macam dulu. Verify itu, verify ini. Semangat ada, tapi bila nampak senarai syarat yang panjang, ramai terus down. Masa kelas angguk-angguk, balik rumah tak buat. Jadi macam dengar ceramah.

Jom kira sikit.

Komisen asas Shopee boleh cecah 22%. Ramai seller bukan jual produk sendiri. Kalau level agen, margin biasanya sekitar 30%. Tolak semua caj Shopee, hasilnya negatif. Makin banyak jual, makin banyak rugi. Saya jumpa ramai yang terperangkap macam ni.

Saya sendiri pun jual produk orang, level stokis. Margin 40%. Tolak caj platform dan ads dalam 30%, tinggal 10%. Jual RM60K sebulan, dapat RM6K. Itu belum bersih. Gaji staff, sewa kedai, bil, semua belum tolak. Hujungnya rasa macam buat kerja amal.

Lepas tu ada lagi kos bertindan. Setiap ringgit ads yang anda bayar, kena SST 8% atas tu. Belanja ads RM700 seminggu x 4 minggu = RM2,800. SST 8% = RM224. Nampak sikit kan? RM224 tu boleh bayar bil elektrik dan bil phone office sebulan. Komisen naik, ads kena cukai, semua beban jatuh atas kepala seller.

Sebab tu sekarang yang masih bertahan kebanyakannya founder produk sendiri. Ruang margin lebih besar, tolak 40% kos platform masih ada baki. Itu pun ada founder yang bersih cuma 20%. Bayangkan jualan RM1 juta, founder bawa balik RM200K. Shopee? RM400K.

Siapa sebenarnya yang kerja keras, siapa yang kaut untung?

Pandangan saya sebagai ShopeeXpert: bagi 3 tahun. Kalau tak ada polisi jelas untuk kawal caj platform dan ringankan kos bertindan ni, SME yang paling sakit dan paling ramai akan tutup. Ramai bekas student saya dah tutup kedai, sekarang kerja makan gaji.

Platform buat duit, tak salah. Masalahnya bila seller yang tanggung risiko, platform yang bawa balik bahagian paling besar, dan cukai p**a tambah atas apa yang tinggal.

Anda seller Shopee? Margin bersih anda sekarang berapa peratus? Share kat komen. Saya nak tengok berapa ramai yang sebenarnya tengah buat kerja amal tanpa sedar.

Pelajar ditemukan maut, disyaki dibunuh di sekolah04 Oktober 2026, 12:08amBATU PAHAT: Seorang pelajar perempuan Tingkata...
04/10/2026

Pelajar ditemukan maut, disyaki dibunuh di sekolah

04 Oktober 2026, 12:08am

BATU PAHAT: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat ditemukan maut disyaki dibunuh di dalam sebuah sekolah menengah di Yong Peng di sini, petang tadi.

Pelajar berusia 16 tahun itu ditemui sudah tidak bernyawa berhampiran dewan sekolah.

Menurut sumber, mangsa yang dipercayai tinggal dengan neneknya ke sekolah pada sebelah petang bagi menghadiri kelas tuisyen.

“Berita kehilangan mangsa disedari neneknya selepas rakan mangsa bertanyakan mangsa berada di rumah atau tidak pada tengah hari tadi.

“Selepas menyedari mangsa tiada di rumah, neneknya bergegas ke sekolah dan menemui mangsa sudah terbaring dalam keadaan lemah.

“Mangsa ditemui terbaring lemah dengan kesan darah sudah kering, ada kesan lebam seperti kena pukul.

“Semasa jumpa mangsa masih sedar sebelum tidak sedarkan diri,” katanya.

Difahamkan mangsa adalah anak Yatim dan tinggal bersama neneknya di Batu Pahat selepas kematian ibunya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani yang dihubungi Buletin TV3 berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut.

Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

03/10/2026

Banduan bersama kucing

Sejak petang semalam, ada dua gambar dan video sangat-sangat mengganggu aku. Rasa tak kena sangat.1. Wajah dan video Tun...
01/10/2026

Sejak petang semalam, ada dua gambar dan video sangat-sangat mengganggu aku. Rasa tak kena sangat.

1. Wajah dan video Tun M sedang menangis teresak-esak semasa ziarah kubur arwah isterinya yang tercinta.

Seumur hidup aku, belum pernah aku lihat gambar dan video Tun M dalam keadaan seperti itu. Menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Tun M sebelum ini dikenali sebagai negarawan yang tegas dan kental. Dan semalam, sisi lain ditunjukkan. Gambar dan video Tun M menangis teresak esak itu tular dengan pantas, puluhan ribu like dan komen. Tanda simpati rakyat pada beliau.

Cuma...

Entah kenapa aku rasa tak kena sangat gambar dan video itu disebarkan kepada umum. Rasa macam tak patut.

Pada aku lah. Pada orang lain, mungkin biasa sahaja.

2. Kedua, gambar dan video ini. Tun M ziarah kubur arwah isterinya yang tercinta, dalam kesedihan yang amat, dihadapan beliau, berpuluh wartawan dan orang ramai mengambil gambar dan video.

Semua fokus pada reaksi Tun M. Sedangkan di hadapan mereka ada kubur yang masih merah tanahnya. Masih basah dengan air mawar. Tapi fokus mereka, pada susuk tubuh suami arwah.

Rasa macam... Tak kena.

Ada sorang je wanita di hadapan Tun M khusyuk baca Yasin agaknya tanpa mempedulikan puluhan orang lain yang sibuk mengambil gambar dan video Tun M.

Dua benda ni aku rasa macam tak kena sangat. Mungkin pada orang lain, benda ni tiada apa pun.

Tun M sedih, letih, hingga ganggu kesihatan diri dan terpaksa masuk ke IJN kelmarin. Keluar je IJN, dia terus minta nak ziarah kubur arwah isterinya. Tak sempat balik rumah, nak ke kubur dulu.

Walau diri sendiri tak sihat elok, walau tangan berbalut, kiri kanan ada jarum, kasih dan rindu seorang suami tak mampu ditahan-tahan lagi.

Sebak tengok kedua tangan Tun M yang berbalut. 🥹

Apa pun, semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik pada Tun M. Diberi ketabahan hari, kesabaran yang tinggi dan diganti nikmat serta berita gembira yang lebih besar menggantikan kesedihan yang amat ini.

Begitulah.

Putera Raja Yang Adab Tinggi1. Banyak pengajaran yang kita boleh ambil sebagai ikhtibar sehari dua ini dalam liputan2 me...
30/09/2026

Putera Raja Yang Adab Tinggi

1. Banyak pengajaran yang kita boleh ambil sebagai ikhtibar sehari dua ini dalam liputan2 media mengenai kematian Tun Siti Hasmah.

2. Semalam saya telah tulis dua perkara, hari ini saya hendak kongsikan satu perkara lagi.

3. Mengenai kemuliaan akhlak dan ketinggian adab seorang anak raja. Iaitu Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim.

4. Untuk pengetahuan semua, Tengku Hassanal bukan setakat anak Sultan Pahang, Baginda juga adalah cucu kepada dua Sultan.

5. Cucu kepada Almarhum Sultan Pahang dan Sultan Johor.

6. Baginda juga adalah anak saudara kepada Yang Dipertuan Agung sekarang.

7. Ibu baginda, Tengku Ampuan Pahang adalah adinda kepada SPBYDPA.

8. Dua perkara yang menarik perhatian saya ketika Baginda mengikut Ayahanda dan Bondanya menziarahi jenazah Tun Siti Hasmah.

9. Kedua2 benda itu adalah mengenai adab dan akhlak.

10. Yang pertama ada di dalam video yang disiarkan di akaun FB Tun M semalam.

11. Ketika Ayahanda beliau sedang bercakap dgn Tun di meja makan, Baginda hadir di sebelah, sebelum duduk beliau minta izin dulu dari ayahanda mengikut adat Diraja.

12. Tidak berapa lama selepas Baginda duduk, Bondanya datang, terus beliau bangun meninggalkan tempat duduknya.

13. Itu tandanya anak2 yang telah diajar oleh ibu bapa, jika ibu bapa duduk bercakap dengan orang, anak2 tidak boleh ada bersama, melainkan jika disuruh kekal duduk.

14. Budaya ini semakin terhakis dalam masyarakat kita hari ini.

15. Saya juga dididik begitu oleh ibu satu masa dulu. Tak boleh duduk bersama jika orang tua bercakap, melainkan jika dipanggil atau disuruh.

16. Walaupun Baginda seorang Tengku Mahkota, tetapi Baginda seorang anak yang masih muda, tidak merasa janggal untuk mempamerkan akhlak dan adab yang baik.

17. Yang kedua menarik perhatian saya adalah ketika ditanah perkuburan.

18. Bondanya berada di kerusi bersebelahan Tun dan kenamaan2 lain.

19. Baginda boleh memilih untuk duduk dimana2 kerusi di situ atau bersebelahan ibunya, tetapi Baginda tidak melakukan itu.

20. Sebaliknya Baginda berdiri berhampiran tiang khemah. Walaupun ada orang menjemput Baginda duduk, tetapi Baginda menolaknya.

21. Saya yakin itu adalah ajaran atau didikan ibu bapanya. Hormat kepada orang yang lebih tua dan beri keutamaan kepada mereka.

22. Ada segelintir kita yang orang2 biasa ini, s**a memandang negatif kepada orang2 berkedudukan atau orang2 kaya.

23. Ada kalanya kita yang tak berapa nak ada kedudukan ini, yang lebih2 lagak dan gayanya.

24. Kau tahu siapa aku …..itulah antara perkataan2 yang sering didengar dari orang2 yang berlagak atau poyo.

25. Soal adab, soal akhlak, soal disiplin bukan soal orang kaya, orang biasa atau orang miskin….

26. Ianya soal didikan dan budaya yang diterapkan oleh ibu bapa.

27. Anak orang miskin pun ramai juga yang berakhlak mulia, bersopan santun dan berbudi bahasa. Anak orang kaya pun ramai juga.

28. Anak orang kaya pun ada yang biadab, anak orang miskin pun ramai juga yang begitu.

29. Anak-anak adalah cerminan kepada ibu bapa…

30. Terima kasih kepada Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang (Kesultanan Pahang) , kerana memberikan contoh kepada masyarakat bagaimana mendidik anak2 dengan adab yang tinggi dan akhlak yang mulia.

Money is king even in prisonhanya di neraka sahaja tidak
21/09/2026

Money is king even in prison
hanya di neraka sahaja tidak

Address

Kampung Beserah
Kuantan
25140

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Komuniti kuantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby hotels