23/09/2026
MAJLIS PERASMIAN JOHOR SMART CITY FORUM (JSCF) 2026 VOL. 2
22 September 2026, Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) turut serta dalam Johor Smart City Forum (JSCF) 2026 Vol. 2 yang berlangsung di IKEA Tebrau dan Toppen Shopping Centre, Johor Bahru, menerusi penyertaan pameran dan pembukaan booth MBPG sepanjang forum berlangsung.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, selaku wakil rasmi YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor.
Turut hadir Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Datuk Bandar Pasir Gudang, bersama barisan kepimpinan pihak berkuasa tempatan, jabatan dan agensi kerajaan serta rakan strategik.
Mengangkat tema “Smart Living, Smarter Communities”, JSCF 2026 Vol. 2 menghimpunkan pelbagai pihak bagi meneroka idea, inovasi dan penyelesaian pintar yang menyokong pembangunan bandar serta meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat.
Penganjuran forum ini turut menjadi platform perkongsian pengetahuan dan pengalaman berkaitan pembangunan bandar pintar, di samping memperkukuh kerjasama antara kerajaan, pihak berkuasa tempatan, pemain industri dan komuniti dalam merealisasikan agenda bandar pintar di Johor.
Selaras dengan aspirasi tersebut, MBPG terus komited memperkenalkan inisiatif, inovasi dan pendekatan bandar pintar yang memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat, menerusi perkhidmatan yang lebih cekap, mudah dan responsif.
Jom hadir beramai-ramai ke JSCF 2026 Vol. 2 dan kunjungi booth MBPG untuk mendapatkan informasi serta melihat sendiri inisiatif dan inovasi yang diketengahkan oleh MBPG dalam pembangunan bandar pintar Pasir Gudang.
📍 IKEA Tebrau & Toppen Shopping Centre, Johor Bahru
📅 22 – 27 September 2026
Meh lah singgah booth MBPG — kenali Pasir Gudang, bandar pintar yang terus bergerak ke hadapan!