06/04/2026
JEJAK BAITULLAH (Simulasi Haji dan Umrah)
Alhamdulillah, program Jejak Baitullah (Simulasi Haji dan Umrah) telah berjaya dilaksanakan dengan penuh penghayatan pada 4 April 2026 (Sabtu), bertempat di sekitar kawasan SMK Permas Jaya 2, bermula dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.
Program ini telah memberi peluang yang sangat bermakna kepada para pelajar untuk memahami dengan lebih jelas dan mendalam tentang tatacara serta rukun-rukun ibadah haji dan umrah melalui pendekatan simulasi yang interaktif dan praktikal. Para pelajar bukan sahaja dapat melihat, malah turut merasai sendiri pengalaman seolah-olah berada di Tanah Suci, sekali gus menyemai rasa cinta dan kerinduan terhadap Baitullah serta meningkatkan kefahaman dalam aspek ibadah.
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Travel Juara cawangan Parit Sulong atas kesudian membimbing dan menjayakan program ini dengan penuh dedikasi, komitmen serta kepakaran. Segala perkongsian ilmu, tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan amat bermakna dan memberi impak yang besar kepada semua peserta yang terlibat.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua guru, jawatankuasa pelaksana serta para pelajar yang telah memberikan kerjasama yang padu sepanjang program berlangsung. Semoga segala usaha ini diberkati dan menjadi asbab kepada peningkatan ilmu serta amalan dalam kehidupan seharian.
Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang demi melahirkan generasi yang lebih memahami, menghayati dan mengamalkan tuntutan ibadah dengan sebaiknya.