Pertubuhan Kebajikan PTY Malaysia

Call Directions

Pertubuhan Kebajikan PTY Malaysia Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pertubuhan Kebajikan PTY Malaysia, Lot 30 kampung kerinchi, Pantai Valley.

‎إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْنINNALILLAHI WAINNAILAIHI ROJI'UNDukacita dimaklumkan bahawa HJ ZAINAL KELUBI, MELA...
02/10/2026

‎إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
INNALILLAHI WAINNAILAIHI ROJI'UN

Dukacita dimaklumkan bahawa HJ ZAINAL KELUBI, MELAKA telah kembali kerahmatullah hari ini jam 5.00 petang tadi

‎ اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ
"Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu"

"Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atas rohnya, sejahtera dan maafkanlah dia serta Engkau tempatkanlah dia bersama dengan orang yang beramal soleh.

Sama-sama kita doakan agar roh Almarhum Hj Zainal Kelubi, Melaka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh.

- Al-fatihah -
‎ بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
‎◄.اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِن

Salam Takziah daripada Presiden, Barisan Ahli Majlis Tertinggi dan seluruh Ahli PTY MALAYSIA

Innalillahi Wainailaihi Rojiun.Semoga ALLAH SWT Menempatkan Arwah Di Kalangan Orang-Orang Yang Beriman Dan Solehah, Sert...
28/09/2026

Innalillahi Wainailaihi Rojiun.

Semoga ALLAH SWT Menempatkan Arwah Di Kalangan Orang-Orang Yang Beriman Dan Solehah, Serta Mengampuni Segala Dosa Dan Mencucuri Rahmat Ke Atas Rohnya.

Salam Takziah Buat Ayahanda Tun Dr. Mahathir Mohamad Dan Seluruh Keluarga. Semoga Diberikan Kekuatan Dan Ketabahan Menghadapi Kehilangan Ini.

SELAMAT HARI MALAYSIA
16/09/2026

SELAMAT HARI MALAYSIA

15/09/2026

Tahukah anda, susunan bendera mempunyai tatacara dan keutamaannya tersendiri?

Mulai 1 Mei 2025, Bendera Malaysia menjadi bendera utama, diikuti bendera negeri dan Wilayah Persekutuan mengikut susunan yang ditetapkan.

Jom kenali susunan keutamaan bendera yang betul.

Alhamdulillah, silaturahim terus dipererat melalui kehadiran ke Majlis Walimatul Urus di Taiping, Perak dan Jengka 25, P...
02/09/2026

Alhamdulillah, silaturahim terus dipererat melalui kehadiran ke Majlis Walimatul Urus di Taiping, Perak dan Jengka 25, Pahang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Saudara Rahman (Taiping) dan Saudara Basith (Jengka 25) atas jemputan serta layanan yang diberikan.

Semoga ikatan silaturahim ini terus terjalin erat, dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan keberkatan buat kita semua.

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾Pertubuhan Kebajikan Patuh Teguh Yakin (PTY) Malaysia ingin mengucapkan Sel...
30/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾

Pertubuhan Kebajikan Patuh Teguh Yakin (PTY) Malaysia ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan memperkukuhkan perpaduan, ukhuwah dan semangat cintakan tanah air, tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan latar belakang.

Kemerdekaan bukan sekadar sejarah, tetapi amanah untuk kita pertahankan bersama demi masa depan generasi akan datang.

Agama, Bangsa dan Tanah Air menjadi ikatan.
Bersama kita membina Malaysia yang aman, harmoni, sejahtera dan penuh kasih sayang.

🇲🇾 Malaysia Tanah Airku
🇲🇾 Jiwa Merdeka, Teguh Bersama

Ikhlas daripada:
Pertubuhan Kebajikan Patuh Teguh Yakin (PTY) Malaysia

29/08/2026
Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448HAllahumma solli ‘ala Muhammad Sempena sambutan Maulidur Rasul SAW 1448H, marilah k...
24/08/2026

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H

Allahumma solli ‘ala Muhammad

Sempena sambutan Maulidur Rasul SAW 1448H, marilah kita bersama-sama memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta meneladani akhlak, perjuangan dan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.

Semoga kita semua dikurniakan keberkatan, kesejahteraan dan kasih sayang Allah SWT, serta mendapat syafaat Rasulullah SAW di akhirat kelak.

Salam Maulidur Rasul 1448H.
“Berselawat, menghayati sunnah, memperkukuh ukhuwah.”

Konvoi Resolusi Merdeka 2.0 🇲🇾Alhamdulillah, Konvoi Resolusi Merdeka 2.0 anjuran PTY Malaysia dengan kerjasama Pejabat P...
24/08/2026

Konvoi Resolusi Merdeka 2.0 🇲🇾

Alhamdulillah, Konvoi Resolusi Merdeka 2.0 anjuran PTY Malaysia dengan kerjasama Pejabat Parlimen Lembah Pantai telah berlangsung dengan lancar dan penuh semangat patriotik.

Turut hadir bersama, Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Dato’ Seri Fahmi Fadzil, serta YBrs. Tuan Naquib Hamdan, Pengerus DBKL Cawangan Lembah Pantai.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta yang telah meluangkan masa serta bersama-sama menjayakan program ini. Terima kasih juga kepada pihak PDRM yang telah membantu mengawal lalu lintas sepanjang konvoi berlangsung.

Semoga semangat cintakan negara, perpaduan dan kemerdekaan ini terus subur dalam jiwa kita dan dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang.

MALAYSIA MADANI, KESEJAHTERAAN DINIKMATI. 🇲🇾

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Address

Lot 30 Kampung Kerinchi
Pantai Valley
59200

Telephone

0173873064

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Kebajikan PTY Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share