12/11/2026
Selamat Ulang Tahun UDA Holdings Berhad yang ke-55 ✨
Terima kasih kepada seluruh warga kerja UDA, para pelanggan serta rakan kongsi strategik yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan kami.
Sokongan, kepercayaan, komitmen dan kerjasama yang diberikan menjadi kekuatan dalam merealisasikan pelbagai kejayaan serta membentuk kedudukan UDA hingga ke hari ini.
Semoga semangat kebersamaan ini menjadi pemangkin untuk UDA terus mengorak langkah dan membina legasi yang lebih bermakna demi manfaat generasi akan datang.
𝑩𝒆𝒓𝒔𝒂𝒎𝒂 𝑴𝒆𝒏𝒆𝒓𝒖𝒔𝒌𝒂𝒏 𝑳𝒆𝒈𝒂𝒔𝒊 💪