Ibnu Sina Residential College - KKIS, Universiti Malaya

Ibnu Sina Residential College - KKIS, Universiti Malaya This is the official page of Avicenna Residential College, popularly known as Sixth College, of University of Malaya. Like to subscribe for updates & info.

Follow our official instagram .kkis Kolej Kediaman Ibnu Sina Universiti Malaya telah siap dibina pada tahun 1967 sebagai tempat penginapan pelajar-pelajar jurusan perubatan di Universiti Malaya. Di awal penubuhannya hanya terdapat dua blok penghuni sahaja untuk menempatkan seramai lebih kurang 350 orang pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) di Fakulti Perubatan. Sebuah blok dikhaskan untuk lelaki, manakala sebuah lagi untuk pelajar perempuan. Kini blok-blok tersebut dikenali sebagai Blok A dan Blok B. Dengan pernambahan pelajar Universiti Malaya yang semakin ketara pada awal 1980an, empat buah lagi blok asrama telah dibina. Blok-blok yang kini dikenali sebagai Blok C, Blok D, Blok E dan Blok F yang boleh menempatkan seramai 200 orang pelajar. Dengan terbinanya blok-blok tersebut Kolej mula mengambil pelajar-pelajar daripada jurusan Ijazah Sarjana Muda Pergigian. Peningkatan bilangan pelajar yang berterusan pada pertengahan 1990an telah memaksa Universiti Malaya untuk meningkatkan kapasiti kolej kediamannya. Untuk Kolej Kediaman Ibnu Sina, dua buah lagi blok asrama teah dibina. Blok-bok tersebut kini dikenali sebagai Blok G dan Blok H. Sejak tahun 2004, Kolej mula menerima penempatan pelajar-pelajar dari pelbagai jurusan termasuklah seperti Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan, Ijazah Sarjana Muda Sains BioPerubatan, Ijazah Sarjana Muda Farmasi, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan, Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dan Ijazah Sarjana Muda Alam Bina. Pada tahun 2015, pelajar lelaki telah ditempatkan di Blok A dan Blok H sahaja. Manakala Blok B, Blok C, Blok D, Blok E, Blok F dan Blok G didiami oleh pelajar perempuan. Jumlah penghuni KKIS lebih daripada 895 orang pelajar daripada pelbagai jurusan.

Address

Kolej Kediaman Ibnu Sina (Keenam)
Petaling Jaya
50603

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60379674977

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ibnu Sina Residential College - KKIS, Universiti Malaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Hotel

Send a message to Ibnu Sina Residential College - KKIS, Universiti Malaya:

Shortcuts

Share

Category