IKBN Bandar Penawar (official)

Call Directions Website Contact the hotel

IKBN Bandar Penawar (official) IKBN Bandar Penawar, Johor telah memulakan operasi bermula 1 Julai 2010 dan pengambilan pelajar pertama adalah pada 4 Julai 2011.

Terkini Institut menawarkan program dalam Bidang Hospitaliti, Perhotelan, Mekanikal dan Health, Safety & Environment.

TAHNIAH DAN SYABAS DARIPADA SELURUH WARGA IKBN BANDAR PENAWAR Di atas kejayaan dan pencapaian cemerlang kepada Saudara M...
05/11/2026

TAHNIAH DAN SYABAS DARIPADA SELURUH WARGA IKBN BANDAR PENAWAR

Di atas kejayaan dan pencapaian cemerlang kepada Saudara Muhammad Haris Syahir bin Mohamad Syawaludin, Pingat Perak – WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) 2026 Bidang Cooking.

TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.








TAHNIAH DAN SYABAS DARIPADA SELURUH WARGA IKBN BANDAR PENAWARDi atas kejayaan dan pencapaian cemerlang kepada En. Mohd H...
05/11/2026

TAHNIAH DAN SYABAS DARIPADA SELURUH WARGA IKBN BANDAR PENAWAR

Di atas kejayaan dan pencapaian cemerlang kepada En. Mohd Hisamudeen bin Che Ahmad, Pingat Perak – WorldSkills Malaysia Pengajar (WSMP) 2026 Bidang Cooking.

TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.









📣

🏅 IKBN BANDAR PENAWAR RAIH DUA PINGAT PERAK DALAM WORLD SKILLS MALAYSIA 2026 DI  MAJLIS ANUGERAH TANGAN EMAS PERDANA MEN...
05/11/2026

🏅 IKBN BANDAR PENAWAR RAIH DUA PINGAT PERAK DALAM WORLD SKILLS MALAYSIA 2026 DI MAJLIS ANUGERAH TANGAN EMAS PERDANA MENTERI (MATEPM) 2026

Melaka, 5 November 2026 -Tahniah dan syabas diucapkan kepada warga Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar atas kejayaan meraih dua Pingat Perak dalam Bidang Cooking sempena pertandingan WorldSkills Malaysia 2026.

Kejayaan ini telah mengharumkan nama IKBN Bandar Penawar menerusi pencapaian:

🥈 Pingat Perak – WorldSkills Malaysia Pengajar (WSMP) Bidang Cooking
En. Mohd Hisamudeen bin Che Ahmad

🥈 Pingat Perak – WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) Bidang Cooking
Saudara Muhammad Haris Syahir bin Mohamad Syawaludin

Pengiktirafan ini membuktikan komitmen, kemahiran teknikal, kreativiti serta tahap profesionalisme tenaga pengajar dan pelajar IKBN Bandar Penawar dalam bidang kulinari.

Kejayaan ini turut menjadi inspirasi kepada seluruh warga institut untuk terus memperkukuh kecemerlangan dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), sekali gus melahirkan tenaga kerja mahir yang kompeten dan berdaya saing.

Syabas dan tahniah kepada para pemenang serta semua pihak yang telah menyumbang kepada kejayaan ini!

**IKBN Bandar Penawar – Bina Kemahiran, Bina Kerjaya, Bina Masa Depan!**

05/11/2026
Terima kasih Saudara Ilman Sadique di atas kesudian berkongsi pengalaman dan tips berguna mengenai TVET bersama adik-adi...
05/11/2026

Terima kasih Saudara Ilman Sadique di atas kesudian berkongsi pengalaman dan tips berguna mengenai TVET bersama adik-adik SMK sekitar Hulu Langat dan para pengunjung di Slot Bual Bicara Amlumni, Program Jelajah ILKBS TVET 2.0 di IKTBN Dusun Tua pada 3 November 2026 yang lalu.. Semoga kerjasama seperti dapat diteruskan pada masa akan datang.

TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.








04/11/2026
JELAJAH ILKBS TVET 2.0 MERIAHKAN HIMPUNAN BELIA TVET MADANI 2026 DI IKTBN DUSUN TUADUSUN TUA, 3 NOVEMBER 2026 – Program ...
04/11/2026

JELAJAH ILKBS TVET 2.0 MERIAHKAN HIMPUNAN BELIA TVET MADANI 2026 DI IKTBN DUSUN TUA

DUSUN TUA, 3 NOVEMBER 2026 – Program Jelajah ILKBS TVET 2.0 sempena Himpunan Belia TVET MADANI 2026 telah berlangsung dengan meriah di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Dusun Tua menerusi penganjuran bersama Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar dan IKTBN Sepang.

Program ini menghimpunkan penyertaan pelajar daripada sembilan buah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) berhampiran di daerah Hulu Langat, selain penglibatan guru-guru pengiring, belia dan komuniti setempat.

Pelbagai pengisian menarik telah disediakan seperti Pavilion Jelajah ILKBS TVET 2.0 yang menempatkan pameran ILKBS TVET 2.0, pameran industri, Try A Skill serta pelbagai aktiviti interaktif bagi memberi peluang kepada para peserta mengenali dengan lebih dekat dunia Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Di Dewan Utama p**a, para pengunjung disajikan dengan pelbagai demonstrasi kemahiran oleh pelajar ILKBS termasuk pembangunan Mini Lathe Machine, kraf lipatan tuala dan simulasi pengaturcaraan PLC. Turut berlangsung persembahan Bakat TVET bagi menonjolkan bakat seni pelajar ILKBS, sesi taklimat promosi ILKBS oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, KBS, Forum Industri Renewable Energy & TVET serta Bicara Alumni yang mengetengahkan pengalaman graduan ILKBS dalam membina kerjaya.

Selain itu, program ini turut mendapat kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menerusi pelaksanaan sesi temu duga terbuka yang menyediakan peluang kepada belia untuk meneroka prospek pekerjaan dan berhubung secara langsung dengan pihak industri.

Penganjuran program ini bukan sahaja menjadi platform promosi institusi ILKBS, malah memberi pendedahan secara langsung kepada golongan belia mengenai kepentingan kemahiran, peluang pendidikan TVET serta keperluan tenaga kerja berkemahiran dalam memenuhi kehendak industri semasa.

Secara keseluruhannya, program berlangsung dengan meriah dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Diharapkan penganjuran Jelajah ILKBS TVET 2.0 ini dapat meningkatkan kesedaran serta minat generasi muda terhadap bidang TVET, sekali gus membuka ruang kepada mereka untuk meneroka peluang pendidikan dan kerjaya berasaskan kemahiran.

ILKBS – Bina Kemahiran, Bina Kerjaya, Bina Masa Depan!

TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.








04/11/2026
03/11/2026

Address

Jalan Kejora Utama
Tanjong Surat
81930

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6078221567

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IKBN Bandar Penawar (official) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Hotel

Send a message to IKBN Bandar Penawar (official):

Shortcuts

Share

Nearby hotels