30/10/2026
📢 MAKLUMAN PENTING BERKENAAN VIE Homestay Tawau
UNIT HOMESTAY DI TAMAN SEMARAK MEGAH TELAH DIJADIKAN BAHAN PENIPUAN OLEH SCAMMER YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ‼️
saya ingin membuat penjelasan kepada orang ramai bahawa HOMESTAY SAYA BUKAN UNTUK DISEWA SECARA BULANAN SEBANYAK RM850/sebulan
homestay saya hanya ditawarkan mengikut konsep penginapan homestay, dan bukannya RUMAH SEWA BULANAN.
saya juga ingin menjelaskan bahawa saya tidak pernah melantik mana-mana individu yang tidak dikenali untuk menjadi orang tengah (broker) bagi menawarkan homestay saya untuk disewa secara bulanan.
saya telah membuat laporan polis berhubung perkara ini bagi melindungi hak dan kepentingan saya serta mengelakkan sebarang salah faham atau perkara yang tidak diingini berlaku pada masa akan datang.
⚠️ PERINGATAN KEPADA ORANG RAMAI YANG INGIN MENYEWA HOMESTAY:
❌ Jangan mudah mempercayai mana-mana pihak yang menawarkan homestay saya untuk sewaan bulanan tanpa pengesahan daripada owner sendiri.
❌ Jangan membuat sebarang bayaran kepada pihak ketiga tanpa pengesahan yang sah.
✅ Sila berhubung terus dengan saya (Adam Nash) iaitu owner kepada VIE Homestay Tawau untuk mendapatkan maklumat yang tepat.
saya berharap penjelasan ini dapat difahami dan diambil perhatian oleh semua pihak.
terima kasih atas kerjasama anda.
saya sertakan sekali gambar, screenshot, nombor akaun, nombor telefon dan video homestay yang diambil untuk dijadikan bahan penipuan oleh scammer