Perpustakaan Desa Taman Bayu Damai, Pengerang Johor

  • Home
  • Perpustakaan Desa Taman Bayu Damai, Pengerang Johor

Perpustakaan Desa Taman Bayu Damai, Pengerang Johor Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Perpustakaan Desa Taman Bayu Damai, Pengerang Johor, .

RABU | 24 JUN 2026 | Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia INFO TEMA BULANAN : KESELAMATAN DAN PENCEGAHAN Elak Nahas Jalan...
24/06/2026

RABU | 24 JUN 2026 | Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
INFO TEMA BULANAN : KESELAMATAN DAN PENCEGAHAN
Elak Nahas Jalan Raya, Jadilah Pemandu Yang Berhemah
Setiap perjalanan membawa harapan untuk tiba dengan selamat. Patuhi had laju, kekal fokus ketika memandu dan hormati pengguna jalan raya yang lain. Sikap tergesa-gesa dan cuai boleh mengundang tragedi yang tidak diingini.

✔️ Patuhi peraturan jalan raya
✔️ Elak memecut laju dan memandu secara agresif
✔️ JANGAN memotong di garisan berkembar kerana boleh mengundang BAHAYA

Ingat, keselamatan jalan raya bermula dengan sikap pemandu itu sendiri.





24 JUN 2026 ( RABU )BIAR TAK PANDAI, JANGAN MEMANDAI-MANDAI.Tidak tahu bukan satu kesalahan. Yang menjadi masalah apabil...
24/06/2026

24 JUN 2026 ( RABU )

BIAR TAK PANDAI, JANGAN MEMANDAI-MANDAI.

Tidak tahu bukan satu kesalahan. Yang menjadi masalah apabila kita membuat andaian tanpa fakta, memberi pandangan tanpa ilmu, atau membuat keputusan tanpa semakan.

Budaya kerja yang berintegriti bermula dengan keberanian untuk bertanya, kesediaan untuk belajar, dan disiplin untuk menyemak sebelum bertindak.

✅ Tanya dahulu
✅ Semak dahulu
✅ Bertindak kemudian

Sumber: Institut Integriti Malaysia





24 JUN 2026 ( RABU )📌 Selalu keliru nak bahagi s**atan resepi kepada separuh?Simpan infografik ni siap-siap, memang memb...
24/06/2026

24 JUN 2026 ( RABU )

📌 Selalu keliru nak bahagi s**atan resepi kepada separuh?

Simpan infografik ni siap-siap, memang membantu bila nak buat separuh adunan kek, biskut, roti atau kuih. Tak perlu pening nak kira-kira lagi! 😊

Kadang-kadang resepi terlalu banyak untuk keluarga kecil. Dengan panduan ni, lebih mudah nak ubah s**atan tanpa menjejaskan hasil akhir.

💡 Tips penting: Jika guna 1 biji telur, pukul dulu telur tu dan ambil separuh daripada jumlahnya untuk s**atan yang lebih tepat.

Kongsikan kepada kawan-kawan yang s**a baking dan jangan lupa simpan untuk rujukan nanti! ❤️

Sumber : Azlina Ina resepi






SELAMAT DATANG KE PERPUSTAKAAN DESA TAMAN BAYU DAMAIPerpustakaan Desa Taman Bayu Damai menyediakan kemudahan pinjaman bu...
23/06/2026

SELAMAT DATANG KE PERPUSTAKAAN DESA TAMAN BAYU DAMAI

Perpustakaan Desa Taman Bayu Damai menyediakan kemudahan pinjaman buku, akses internet percuma serta pelbagai aktiviti yang bermanfaat untuk komuniti setempat.

Kami mengalu-alukan kehadiran semua lapisan masyarakat untuk memanfaatkan kemudahan yang disediakan dan bersama-sama memupuk budaya membaca.

📚 Membaca Amalan Mulia, Ilmu Penyuluh Kehidupan.







23 JUN 2026 ( SELASA )PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Puasa Tasu’a (puasa 9hb Muharam)عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ الل...
23/06/2026

23 JUN 2026 ( SELASA )

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Puasa Tasu’a (puasa 9hb Muharam)

عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَقُولُا حِينَ صَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ يَوْمٌ تُعَظِّمُهُ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِذَا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ قَالَ فَلَمْ يَأْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Abdullah bin Abbas RA, beliau berkata: Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari Asyura dan memerintahkan para sahabat untuk puasa pada hari tersebut, ada sahabat yang berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya hari Asyura adalah hari yang diagungkan orang Yahudi dan Nasrani. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Jika sampai tahun hadapan, Insha Allah kita akan berpuasa pada hari ke sembilan.” Abdullah bin Abbas berkata: Namun, belum sampai tahun depan, Rasulullah SAW telah wafat. (HR Muslim No: 1916) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Hadis ini menunjukkan bahawa puasa hari Asyura merupakan ibadah yang sangat diberi perhatian oleh Rasulullah SAW.

2. Antara hari yang digalakan berpuasa pada bulan Muharam ialah puasa sunat hari Tasu'a (9hb Muharam) iaitu sehari sebelum hari Asyura (10hb Muharam).

3. Puasa dua hari iaitu puasa sunat Tasu'a (9hb Muharam) dan puasa sunat Asyura (10hb Muharam) adalah untuk membezakan amalan berpuasa seorang Muslim dengan puasa orang Yahudi dan Keristian.

4. Ibnul Qayim dalam Zadul Ma’ad, 2/72 menjelaskan puasa yang berkait hari Asyura ada tiga Kategori:

a) Kategori paling sempurna, puasa tiga hari. Sehari sebelum Asyura, hari Asyura, dan sehari selepas Asyura (9hb, 10hb dan 11hb Muharam).

b) Kategori kedua, puasa pada 9hb dan 10hb Muharam berdasarkan banyak hadis.

c) Kategori ketiga, puasa pada10hb Muharam saja.

5. Marilah kita tunaikan puasa Sunat Tasu'a (9hb Muharam) yang jatuh pada 25hb Jun hari Khamis dan puasa Sunat Asyura (10hb Muharam) pada 26hb Jun hari Jumaat. Moga Allah akan mengampukan dosa-dosa kita setahun yang lalu.

Mungkinkah Muharam ini tidak akan kita temui pada tahun hadapan?

Sumber : IKRAM Johor.





23 JUN 2026 ( SELASA )  Lorong kanan disediakan untuk memotong dan pergerakan trafik yang lebih lancar. Memandu terlalu ...
23/06/2026

23 JUN 2026 ( SELASA )

Lorong kanan disediakan untuk memotong dan pergerakan trafik yang lebih lancar. Memandu terlalu perlahan di lorong kanan boleh mengganggu aliran trafik, meningkatkan risiko pemanduan agresif serta berpotensi menyebabkan kemalangan.







🔄 Kongsikan kepada rakan dan keluarga agar semua lebih peka di jalan raya

Sumber : Jabatan Pengangkutan Jalan Johor.





NILAM MAYA BAGI BULAN JUNTajuk : Aku Pencinta AlamPengarang : Asrul Effendi KamaruzzamanPenerbit : MZ Edu PublicationNO ...
22/06/2026

NILAM MAYA BAGI BULAN JUN

Tajuk : Aku Pencinta Alam
Pengarang : Asrul Effendi Kamaruzzaman
Penerbit : MZ Edu Publication
NO ISBN : 9789670911885

Buku Aku Pencinta Alam ini merupakan sebuah buku yang menggumpulkan 34 cerpen karya asrul Effendi Kamaruzzaman. Cerpen ini khas buat generasi muda kini. Penulis menulis tentang mat rempit, gengsterisme, komunisme dan pengedaran dadah. Dengan tema dan jalan cerita cerpen yang telah digarap berdasarkan cerita masyarakat agar pembaca mendapat pengajaran dan iktibar.

'Sehebat KASIH Bapa'Jika diselami maksudnya, tema yang dipilih bagi sambutan Hari Bapa pada tahun ini sangat bererti sek...
22/06/2026

'Sehebat KASIH Bapa'

Jika diselami maksudnya, tema yang dipilih bagi sambutan Hari Bapa pada tahun ini sangat bererti sekali. Kasih bapa memang hebat dan tiada tolok bandingnya.

Kasih bapa mungkin tidak terungkap dengan kata-kata, tetapi percayalah, pengorbanan yang dibuat demi keluarga tersayang melangkaui hayat dan pasti tidak akan terbalas.

Hargailah mereka sebaiknya selagi masa masih ada. Luahkan rasa kasih dan sayang buat insan istimewa bergelar bapa. Terima kasih untuk segalanya.

Selamat Hari Bapa 🩵

Satu perkongsian di Threads tentang sleep apnea sedang menarik perhatian ramai.Yang buat ramai tersentak bukan sekadar b...
22/06/2026

Satu perkongsian di Threads tentang sleep apnea sedang menarik perhatian ramai.
Yang buat ramai tersentak bukan sekadar bunyi dengkur.
Tapi bila kita nampak sendiri bagaimana seseorang boleh berhenti bernafas berkali-kali ketika tidur.
Selama ini ramai anggap berdengkur itu perkara biasa.
“Penat kot.”
“Tidur lena kot.”
“Memang dia macam tu.”
Hakikatnya, dengkur kuat yang disertai nafas terhenti, tersedak, tercungap waktu tidur, bangun dengan rasa letih, sakit kepala pagi, mudah mengantuk siang hari atau tertidur semasa memandu bukan sesuatu yang patut dinormalisasikan.
Sleep apnea bukan sekadar masalah tidur.
Ia boleh ganggu oksigen, kualiti tidur, fokus, emosi, tekanan darah dan keselamatan harian.

Yang paling menyedihkan, kadang-kadang orang sekeliling sudah lama nampak tanda itu.
Pasangan dengar setiap malam.
Anak nampak ayah tertidur depan TV.
Kawan nampak kita mudah mengantuk.
Tapi kita sendiri rasa “aku cuma penat.”
Kalau ada orang pernah tegur anda berdengkur kuat atau nampak anda berhenti bernafas ketika tidur, jangan malu untuk dapatkan pemeriksaan.

CPAP bukan tanda lemah.
Kadang-kadang ia adalah alat yang bantu seseorang tidur semula dengan lebih selamat, lebih berkualiti dan bangun sebagai manusia yang lebih hidup.
Jangan tunggu sampai badan “shutdown” baru mahu ambil serius.
Berdengkur itu mungkin bunyi biasa.
Tapi nafas yang berhenti waktu tidur bukan perkara biasa.





Fakta ringkas: sleep apnea menyebabkan pernafasan terhenti atau terganggu berulang kali semasa tidur, dan gejalanya boleh termasuk dengkur kuat, tersedak atau tercungap, mengantuk siang hari serta tidur tidak berkualiti. CPAP/PAP p**a antara rawatan lazim yang membantu mengekalkan saluran pernafasan terbuka semasa tidur

22 JUN 2026 ( ISNIN )Pernah tak lepas duduk lama, pinggang mula rasa berat, mencucuk, tegang, atau sakit sampai susah na...
22/06/2026

22 JUN 2026 ( ISNIN )

Pernah tak lepas duduk lama, pinggang mula rasa berat, mencucuk, tegang, atau sakit sampai susah nak bangun?

Ramai sangka sakit pinggang ini cuma sebab “salah duduk”. Tetapi masalah sebenar selalunya lebih besar daripada itu. Badan kita memang tidak direka untuk berada dalam satu posisi terlalu lama.

Bila duduk berjam-jam, terutama dalam posisi membongkok, cakera di antara tulang belakang menerima tekanan berterusan. Otot pinggang dan punggung p**a jadi lemah, tegang dan cepat letih.

Bagi sesetengah orang, keadaan ini boleh mencetuskan atau memburukkan sakit akibat PID, iaitu pr*****ed intervertebral disc. Ini berlaku apabila cakera tulang belakang menonjol dan menekan saraf.

Tanda yang perlu diberi perhatian:

🚨 Sakit pinggang yang merebak ke punggung, paha, betis atau kaki.

🚨 Rasa kebas, mencucuk atau semut-semut pada kaki.

🚨 Kaki rasa lemah atau susah berjalan.

🚨 Sakit makin teruk bila duduk lama, batuk, bersin atau membongkok.

Tetapi awas. Tidak semua sakit pinggang ialah PID. Banyak juga sakit pinggang berpunca daripada otot tegang, postur statik, kurang pergerakan, berat badan berlebihan atau cara mengangkat barang yang salah.

Yang penting, jangan tunggu sampai sakit jadi kronik.

Bangun setiap 30 hingga 60 minit. Jalan sekejap. Regangkan pinggang dan paha. Pastikan skrin berada pada paras mata. Duduk dengan belakang disokong. Jangan biarkan dompet tebal dalam poket belakang ketika duduk.

Duduk tegak itu baik. Tetapi duduk tegak selama 5 jam tanpa bergerak tetap bukan pilihan yang sihat.

Postur terbaik bukan satu posisi yang sempurna.

Postur terbaik ialah postur yang kerap berubah.

Jika sakit pinggang disertai kebas di celah kelangkang, hilang kawalan kencing atau buang air besar, atau kaki menjadi semakin lemah, dapatkan rawatan segera.

Sumber : Public Health Malaysia





Address


Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 05:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Desa Taman Bayu Damai, Pengerang Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your hotel to be the top-listed Hotel?

Share